Amyra Rosli Diserang Penyakit Misteri, Kini Direhatkan Dari Penggambaraan Drama

Pelakon Amyra Rosli, Isteri kepada pelakon Amar Baharin, memaklumkan sendiri bahawa isterinya kini sedang berehat dari penggambaraan drama Jangan Menangis Cinta. Isterinya sekarang berada di Wad Hospital kerana mengalami sakit sendi dan lebam di beberapa bahagian badan sehinggakan sukar untuk berjalan serta batuk yang tidak berhenti.

Semua ini berlaku disebabkan selepas positif SAR Covid-2 pada 6 Mac lalu. Amar Baharin menjelaskan, sehingga kini Doktor masih belum penyelesaian kepada penyakit isterinya.

View this post on Instagram

 

A post shared by Amar Baharin (@amarbaharin)

“Amyra diberi rehat tiga hingga empat hari kerana keadaan dia agak teruk sehingga susah untuk berjalan.

“Dia mengalami sakit sendi dan bengkak pada beberapa bahagian dan yang paling teruk ialah di kaki.

“Dalam tempoh rehat ini saya akan bawa dia untuk menjalani pemeriksaan lebih lanjut di pusat perubatan atau mendapat rawatan perubatan islam.

“Saya sendiri tidak tahu apa yang harus saya lakukan jika Amyra hanya berehat dirumah.

“Rasanya lebih baik dia ditahan di wad supaya doktor boleh memantau keadaanya”, jelas Amar

Amar juga memaklumkan di laman instagram miliknya bahawa isterinya tidak pernah keadaan berlaku hal sperti ini sebelum ini. Amyra telahpun menjalani ujian darah namun keputusan ujian darah dalam keadaan baik.

“Memang pelik sebab tidak pernah berlaku sebelum ini.

“Selepas buat ujian darah, doktor beritahu tiada sebarang jangkitan kuman.

“Malah doktor sendiri tidak dapat beri penyelesaian terhadap penyakit yang dihidapinya.

Bagaimana pun, Amyra Rosli menjalankan penggambaraan seperti biasa namun apabila keadaan semakin teruk dia diberi waktu rehat.

Sumber dari mSar

 

The post Amyra Rosli Diserang Penyakit Misteri, Kini Direhatkan Dari Penggambaraan Drama appeared first on YOY Network.



from YOY Network https://ift.tt/Qp6J1E0
via IFTTT
loading...

0 Response to "Amyra Rosli Diserang Penyakit Misteri, Kini Direhatkan Dari Penggambaraan Drama"

Post a Comment