Tidak dinafikan, seorang insan bergelar bapa sanggup berjuang apa sahaja buat keluarga tercintanya. Selain berhempas pulas mencari rezeki yang halal, dia juga akan lakukan apa yang termampu untuk melihat isteri dan anak-anaknya bahagia.
Walaupun mempunyai masalah dari segi wang ringgit, bapa tidak akan membiarkan anak mereka merasa kekurangan apatah lagi jika melibatkan kasih sayang.
Sama dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang ayah mengambil anaknya pulang daripada sekolah mencuri perhatian ramai.
Menerusi video yang dimuat naik oleh seornag pengguna TikTok iaitu @kingyiee0,kelihatan seorang ayah berjalan kaki menjemput anaknya pulang.
Apa yang lebih sebak adalah dia dilihat menggalas beg sekolah anaknya sambil memegang payung supaya anaknya tidak panas dek kerana terkena cahaya matahari.
“Ayah adalah satu-satunya lelaki yang sanggup berkorban apa saja untuk membahagiakan anaknyaa..yang mana ada ayah hargailah die selagi hayatnya masih ada. 10 tahun aku hidup tanpa ayah hanya allah saja tahu..”
Video yang tular:
View this post on Instagram
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 40.9K tanda suka, 958 komen dan 750 perkongsian di applikasi TikTok.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen sebak melihat pengorbaan si ayah yang sanggup berjalan kaki demi memastikan keselamatan anaknya.
“walau segarang² ayah dia tak kan membiarkan anak² dia susah..susah macamana pun dia akan usahakan demi keluarga..”- Netizen
Dalam masa yang sama, para netizen juga menyifatkan walau segarang mana sekalipun seorang ayah, pasti merek tidak akan membiarkan anaknya dalam keadaan susah.
Berikut merupakan komen warga maya:
“semoga pakcik ini dimurahkan rezeki melimpah ruah”
“sama.. dia sanggup basah tak apa janji anak dia covered by raincoat.. walau dia polis, tapi dalam ketegasan dia ada sayang”
“ayah seorang insan yang tak kenal erti penat lelah.. zaman saya sambung belajar ayah pergi hantar ambil dengan motor je..”
“semoga ayahnya panjang umur dan anaknya berjaya dunia akhirat, amin”
The post Galas Beg & Payungkan Anak, Pengorbanan Ayah Jalan Kaki Ambil Anak Sekolah Buat Ramai Sebak appeared first on YOY Network.
from YOY Network https://ift.tt/lQyUp2E
via IFTTT
0 Response to "Galas Beg & Payungkan Anak, Pengorbanan Ayah Jalan Kaki Ambil Anak Sekolah Buat Ramai Sebak"
Post a Comment