Kaedah-Kaedah Pengangkutan Jalan memberi keutamaan dan hak kepada mana-mana ambulans, kereta bomba, kenderaan kastam, polis, penjara dan Jabatan Pengangkutan Jalan yang berada dalam tugasan kecemasan untuk lalu mengatasi lalu lintas lain sekiranya ia memberitahu akan kehadirannya dengan cara membunyikan siren tertentu, loceng atau hon dua-nada.
Pun begitu, ada juga pengguna jalan raya yang tidak berhati perut malah tidak memberikan laluan terutamanya buat Ambulans.
Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana ambulans yang membawa pesakit dialisis ini dibuli oleh gangster jalan raya mencuri perhatian ramai.
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @hikumi_85, difahamkan ambulans tersebut sedang pesakit dialisis yang berstatus ‘non emergency’ untuk ke pusat dialisis.
“kami off siren sebab patient non emergency. Transport 1 patient bed ridden pergi ke pusat dialysis…Dan terjadilaaa benda ni..tlng viralkan…report polis sudah buat” katanya di ruangan kapsyen.
Ambulans tersebut tidak membunyikan sirent kerana pesakit tersebut bukan lah berstatus emergency.
Bagaimana pun, ada sebuah van Toyota Hiace yang berada di belakang ambulans itu mengikut dengan terlalu rapat dan susulan itu, driver bertindak untuk menegur van tersebut kerana ianya sangat bahaya jika ambulans brek secara emergency.
Tidak cukup dengan itu, tiba-tiba datang sebuah motorsikal menahan jalan ambulans dan bertindak kasar dengan maki hamun pemandu tanpa sebab serta ingin menghentak ambulans dengan menggunakan helmet.
Berikut merupakan video yang tular di laman TikTok:
@hikumi_85 Warning alert. Disclaimer: kami off siren sebab patient non emergency. Transport 1 patient bed ridden pergi ke pusat dialysis…Dan terjadilaaa benda nitlng viralkan…report polis sudah buat #kenebuli #warning #ambulans #fyp ♬ original sound – Azman Roy760
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 60.7K tontonan, 4309 tanda suka, 319 komen 185 perkongsian di applikasi TikTok.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen geram dengan sikap sebilangan manusia yang ingin menunjuk lagak samseng tidak mengena tempat apatah lagi dengan ambulans yang kita semua tahu dia membawa pesakit ke hospital.
Berikut merupakan komen warga maya:
The post “Tak lama lagi masuk lokap” Dua Orang ‘Samseng Jalanan’ Buli Ambulans Bawa Pesakit Ke Pusat Rawatan Buat Ramai Berang! appeared first on YOY Network.
from YOY Network https://ift.tt/c2S7ktL
via IFTTT
0 Response to "“Tak lama lagi masuk lokap” Dua Orang ‘Samseng Jalanan’ Buli Ambulans Bawa Pesakit Ke Pusat Rawatan Buat Ramai Berang!"
Post a Comment