Tarik Tangan & Rampas Duit, Lelaki Ini Dedah Modus Operandi Penjual Di Madinah

Ibadah Haji adalah Rukun Islam yang kelima yang menjadi impian setiap insan yang beragama Islam malah ianya menjadi penyempurna ibadah. Kalau tak mampu menunaikan haji, sekurang-kurangnya dapat sekali melaksanakan ibadah umrah sudah memadai.
Iospital phone repair gombak
Pun begitu lain pula ceritanya dengan kisah kali ini dimana seorang lelaki berkongsi pengalamannya ketika berada di tanah suci mencuri perhatian ramai.

Difahamkan, terdapat segelintir indivdiu yang seolah mengambil kesempatan di atas kebaikan orang ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @fasrol44, seorang penjual jubah di Madinah ini mengambil duit ‘mangsa’ tanpa kebenaran.

Modus operandi yang dilakukan pada mulanya adalah dengan menarik seolah memaksa orang memasuki kedainya untuk membeli baju dan kemudiannya mengambil wang tanpa kebenaran pembeli.

Situasi bertambah tegang apabila penjual tersebut enggan memulangkan duit yang diambil malah berkeras agar rakaman terhadapnya dihentikan.

Perakam ini turut menunjukkan kedai individu yang cuba merampas wang mangsa ini bagi mengelakkan lebih yang terkena.

“Hati-hati yang mana ada dekat madinah tu, mesti ramai yang dah terkena.. jaga2 jalan depan kedai ni, main tarik2 orang paksa orang suruh beli pastu ambik duit dekat tangan orang..”

“Bila mntak pulangkan balik tak nak, bila mintak pulangkan elok2 taknak bila dah rakam baru tau nak gelisah, macam ni orang berniaga pon ada ke, tolong mintak sebarkan video ini biar sampai dekat pihak berwajib sebelum ramai lagi yang terkena.”

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terkejut apabila tempat sebaik Madinah juga turut mempunyai individu yang mengambil kesempatan.

Bukan itu sahaja, Ada juga yang berkongsi pengalaman yang sama dimana turut terjerat dan menjadi mangsa dalam modus operandi yang dilakukan pihak penjual ini.

Antara komen wargamaya:

“Hari tu saya kena.. bagi 100SR, beli kasut mak 20SR, dia buat tak tau taknak pulangkan balance.. saya tarik bahu dia sound terus”

“Saya tak boleh macam ni saya baran”

“Kena dekat orang tak ada kesabaran tinggi, mau kena maki kat situ”


Video yang tular di laman TikTok:

@fasrol44 HATI2 Yg mana ad dekat madinah tu, mesti ramai yg dh terkena Jaga2 jln dpn kedai ni,main tarik2 org pakse org sruh beli pastu ambik duit dkt tgn org,bila mntak pulangkan blk taknak,bila mntak pulangkn elok2 taknak bile dah rakam bru tau nk gelisah,macam ni org berniaga pom ad ke, tolong mintak sebarkan video ini biar sampai dkt pihak berwajib sebelum ramai lagi yg terkena. #madina #madinah ♬ original sound – hamba Allah

The post Tarik Tangan & Rampas Duit, Lelaki Ini Dedah Modus Operandi Penjual Di Madinah appeared first on YOY Network.



from YOY Network https://ift.tt/DIOVg4n
via IFTTT
loading...

0 Response to "Tarik Tangan & Rampas Duit, Lelaki Ini Dedah Modus Operandi Penjual Di Madinah"

Post a Comment