Pakcik Selamba Humban Sampah Dalam Sungai, Siap Berhenti Di Lorong Kanan Buka ‘Double Signal’

Amalan buang sampah merata ini bagaikan tidak dapat dibendung, buat lah kempen kesedaran alam sekitar macam mana sekalipun namun jika ianya tidak bermula daripada diri sendiri, maka ianya tidak kemana juga.
Iospital phone repair gombak
Perlu diingat, kelakuan seperti ini sebenarnya mencerminkan siapa diri kita. Di atas jalan raya pun boleh buang sampah merata apatah lagi di dalam rumah sendiri bukan?

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang lelaki berusia dilihat memberhentikan kenderaannya di lorong kanan jalan raya yang sesak semata-mata mahu membuang sampah ke dalam sungai berhampiran mencuri perhatian ramai.

Menerusi perkongsian yang tular di laman Facebook B40 Buat Perangai Apa Harini, individu itu turun dari kenderaannya sambil membawa plastik berwarna merah lalu melemparkannya ke bawah.

Memetik laporna mStar, Difahamkan lelaki tersebut sebelum itu turut melempar satu lagi bungkusan yang tidak diketahui isinya ke dalam sungai.

“Husnuzon (Sangka baik)… Mungkin lelaki ni berhenti kereta di sisi kanan jalan yang padat dengan kenderaan untuk bagi makan ikan di Sungai Derhaka berhampiran Masjid Seberang Jaya.

“Sebelum tu lelaki ni dah lempar satu beg dalam sungai, tapi tak sempat rakam sebab perut kenyang baru lepas makan kenduri. Nombor plat nampak macam PMC****, Honda Jazz,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Dia bukan sahaja mengundang kemarahan orang ramai dengan membuang sampah di dalam sungai namun dia juga membahayakan diri serta nyawa orang lain apabila memberhentikan kereta di tengah jalan.

Manakan tidak, ia boleh menjadi punca kepada berlakunya kemalangan memandangkan laluan tersebut terlihat agak sibuk dengan kenderaan.

Apa yang lebih menarik perhatian apabila signal kecemasan pada kereta itu telah disalah guna untuk kepentingan diri sendiri.

Difahamkan tindakan lelaki tersebut dirakam di Lebuh Kurau, Butterworth, Pulau Pinang.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen geram dengan sikap segelintir individu yang mementingkan diri sendiri malah tiada kesedaran tentang kebersihan alam sekitar terutamanya sungai.

Bukan itu sahaja, ada juga yang meminta pihak bertanggungjawab untuk mengenakan hukuman setimpal supaya golongan ini tidak ‘naik lemak’.

Perkongsian yang tular:

The post Pakcik Selamba Humban Sampah Dalam Sungai, Siap Berhenti Di Lorong Kanan Buka ‘Double Signal’ appeared first on YOY Network.



from YOY Network https://ift.tt/aljeHkZ
via IFTTT
loading...

0 Response to "Pakcik Selamba Humban Sampah Dalam Sungai, Siap Berhenti Di Lorong Kanan Buka ‘Double Signal’"

Post a Comment