“Jangan buat orang risau” Isteri Hantar Mesej Banyak Kali, Rupa-Rupanya Suami Hilang 2 Hari Ditimpa Nahas Kemalangan

Ajal dan maut rahsia Tuhan, tiada siapa yang tahu mengenainya.

Iospital phone repair gombak

Baru-baru ini, seorang wanita sedang menunggu kepulangan suaminya daripada bekerja telah bertukar tragis apabila mengetahui bahawa suaminya itu telah ditimpa nahas kemalangan jalan raya.

Menerusi laporan The Star, wanita itu sebelumnya pada 26 Februari lalu telah menghantar mesej melalui aplikasi Whatsapp berkali-kali akan tetapi masih tidak menerima sebarang jawapan daripada suaminya yang bernama Jelson Ginsiu, 22.

Ekoran itu, wanita itu telah membuat hantaran di merata media sosial untuk meminta bantuan orang ramai jika dapat mengesan di mana keberadaan suaminya itu.

Namun begitu, akhirnya persoalannya terjawab apabila mayat lelaki itu telah ditemui terapung dua hari kemudian di dalam longkang yang terletak di Jalan Lotong, Kota Marudu pada 28 Februari.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintendan Zairolnizal Ishak menyatakan bahawa wanita itu telah membuat laporan polis berkaitan kehilangan suaminya pada Isnin lalu (27 Februari).

Dikatakan, suaminya itu seharusnya habis bekerja pada pukul 9 malam Ahad yang bertarikh 26 Februari yang lalu.

“Kira-kira pukul 11.55 pagi Selasa, kami menerima laporan terdapat penemuan mayat di dalam longkang di Jalan Lotong dan ia adalah suami wanita tersebut yang hilang,” jelas Zairolnizal.

Terang Zairolnizal lagi, mangsa dikatakan sedang menunggang motosikal pulang dari tempat bekerja sebelum ditimpa kemalangan antara pukul 1 pagi hingga 4 pagi pada 27 Februari yang lalu.

Tambahnya, dipercayai bahawa mangsa pulang dari pekan Kota Marudu dan telah hilang kawalan sehingga terbabas dan merempuh tiang lampu jalan sebelum terhumban ke dalam longkang.

Telah didapati bahawa terdapat kecederaan di kepala mangsa berdaarkan pemeriksaan awal yang telah dilakukan.

Motosikal mangsa turut ditemui berhampiran dengan lokasi mangsa.

Mayat mangsa juga telah dihantar ke Hospital Kota Marudu untuk bedah siasat dilakukan terhadap mangsa.

Supt Zairolnizal turut menyeru dan meminta agar mana-mana saksi yang menyaksikan kemalangan tersebut untuk tampil bagi membantu siasatan.

Salam takziah buat keluarga mangsa dan Min doakan agar keluarga mangsa tabah dan kuat dalam hadapi ujian yang sangat berat ini.

The post “Jangan buat orang risau” Isteri Hantar Mesej Banyak Kali, Rupa-Rupanya Suami Hilang 2 Hari Ditimpa Nahas Kemalangan appeared first on YOY Network.



from YOY Network https://ift.tt/zPY83Qr
via IFTTT
loading...

0 Response to "“Jangan buat orang risau” Isteri Hantar Mesej Banyak Kali, Rupa-Rupanya Suami Hilang 2 Hari Ditimpa Nahas Kemalangan"

Post a Comment