“Sembahyang hantu ni..” Buat Pembakaran Terbuka Depan Rumah Jiran, Sekumpulan Individu Ini Terima Kecaman Ramai

Hidup berjiran ini pokok pangkalnya haruslah bertimbang rasa dan tidak menyusahkan orang lain bagi mengelakkan bermasam muka antara salah satu sama yang lain.

Pun begitu, jiran pada masa kini seolah-olah tidak memikirkan orang lain dan akhirnya mencetuskan rasa tidak puas hati ramai.

Sama juga dengan kisah yang tukar baru-baru ini dimana sekumpulan individu bertindak membakar ‘sesuatu’ di hadapan rumah seorang wanita mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @Amirahng, dia menunjukkan barang yang dibakar di hadapan rumahnya.

Lebih menyakitkan hati, wanita ini baru sahaja menyidai pakaian pada waktu pagi hamun dia terpaksa membasuh semula pakaian tersebut gara-gara berbau asap bakar.

“Suka hati je bakar depan rumah orang. Dah lah lepas subuh, kita dah sidai. Tiba-tiba bau bakar.. apa la bakar depan rumah orang, bakar lah kat rumah sendiri.. sabar je la” ujarnya.

Menurut wanita ini, dia tidak pasti ala yang dibakar namun dia mengatakan terdapat beberapa plastik hitam yang berisi kertas dan dalam masa yang sama jika perkara ini berulang, wanita ini akan membuat laporan pada pihak berkuasa.

Berikut merupakan video yang tular:

@therealmirafaizzzapa la bakar depan rumah orang,bakar la kat rumah sendiri. 🥲 sabar je la.

♬ original sound – ælya

@therealmirafaizzzapa la bakar depan rumah orang,bakar la kat rumah sendiri. 🥲 sabar je la.

♬ original sound – ælya

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen berang dengan sikap sekumpulan individu tersebut yang selamba melakukan aktiviti pembakaran di depan rumah orang lain.

Ada juga yang menyifatkan bahan bakar tersebut adalah untuk aktiviti keagamaan iaitu  ‘sembahyang hantu’ dimana bagi menghalau hantu yang dipercayai oleh orang yang bukan beragama islam malah ada yang meminta wanita tersebut membuat laporan pada pihak berwajib.

Berikut adalah komen daripada warga maya:

“tahan je mulut nak maki.. suwey dapat jiran macam ni..”

“serious la.. dekat jalan perumahan macam ni pun diorang bakar.. pelik..”

“pastu angin tiup bertaburan habuk masuk rumah kita..”

The post “Sembahyang hantu ni..” Buat Pembakaran Terbuka Depan Rumah Jiran, Sekumpulan Individu Ini Terima Kecaman Ramai appeared first on YOY Network.



from YOY Network https://ift.tt/gh0Fcm5
via IFTTT
loading...

0 Response to "“Sembahyang hantu ni..” Buat Pembakaran Terbuka Depan Rumah Jiran, Sekumpulan Individu Ini Terima Kecaman Ramai"

Post a Comment