Pada bulan ramadan yang mulia ini, kejadian seperti menghina atau merendah-rendahkan orang lain tak sepatutnya berlaku.
Pun begitu, masih ada di antara kita yang lalai dan tidak menjaga perbuatan kita sehingga boleh mendatangkan susah kepada diri sendiri.
Seperti kisah baru-baru ini di mana seorang pemuda dan rakan-rakannya yang lain menghina cara orang Islam solat di dalam surau bergerak iaitu bas yang disediakan Bank Rakyat.
Pada mulanya seorang gadis yang juga perakam video TikTok itu menanyakan kepada pemuda tersebut bagaimana cara mereka solat di dalam surau bergerak itu.
Tanpa rasa malu, pemuda itu terus mengajuk dan meniru cara beberapa orang yang solat di dalam surau tersebut sambil ketawa terbahak-bahak bersama rakan-rakannya yang lain.
Berasa kelakar dengan apa yang dilakukan, tanpa pemuda itu sedar, video yang dirakam mula tular di semua platform media sosial secara tidak langsung dia menerima kecaman hebat daripada netizen!
Walaupun belum mencecah tempoh 24 jam video itu dikongsi, ianya sudah cukup menaikkan darah orang ramai!
Video yang tular di laman TikTok
Menjengah ke ruangan komen, netizen memanggil pemuda itu dan rakan-rakannya tidak beradab kerana menghina cara orang Islam beribadah.
Selain bengang dengan tindakan yang tidak wajar itu, netizen turut mengatakan sekumpulan pemuda itu cetek ilmu.
Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di Facebook
The post “Semoga awak diberi hidayah dik.” Pemuda Islam Hina Orang Solat, Netizen Harap Pihak Bertanggungjawab Ambil Tindakan appeared first on YOY Network.
from YOY Network https://ift.tt/64VQJSj
via IFTTT
0 Response to "“Semoga awak diberi hidayah dik.” Pemuda Islam Hina Orang Solat, Netizen Harap Pihak Bertanggungjawab Ambil Tindakan"
Post a Comment