Kes kemalangan jalan raya meningkat saban hari dan ada juga yang sehingga meragut nyawa pengguna jalan raya.
Macam yang kita tahu, Signal merupakan komponen yang paling penting untuk apa pun jenis kereta yang berada di atas jalan raya. Bukan sahaja untuk mengelakkan sebarang kemalangan berlaku malah ianya juga dapat menyelamatkan nyawa insan yang tidak bersalah.
Namun kini kesedaran memberi signal seolah-olah sukar untuk diterapkan di dalam kalangan masyarakat seolah-olah signal itu perlu dibeli berasingan dengan kereta. Manakan tidak, benda free pun susah untuk digunakan.
Persis kisah yang tular baru-baru ini dimana ebuah kereta berwarna putih membelok tanpa memberikan signal dalam keadaan yang agak perlahan sehingga menyebabkan kemalangan mencuri perhatian ramai.
Hal ini kerana motor yang sedang laju terlanggar kereta tersebut sehingga terpelanting malah pemandu tersebut cuba untuk lari tetapi sudah pun ditangkap.
Lebih menyayat hati adalah, Penunggang motor itu pula dikatakan sudah meninggal dunia, dia merupakan pembantu perubatan di Hospital Temerloh.
Menurut sepupunya, kemalangan tersebut berlaku ketika mangsa baru sahaja pulang daripada kerja.4
Video yang tular di laman Twitter:
Walao weh. giler uncle ni msuk simpang secara melulu mcmtu jee sampai rider terpelanting. naya nyawa org weh. pic.twitter.com/m6G4LFYOHL
— ISU SEMASA VIRAL (@isusemasaviral) April 18, 2022
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 668.5K tontonan, 6165 ulang kicau dan 7859 tanda suka di platform Twitter.
Menjengah reaksi netizen, rata-rata berang dengan sikap pemandu kereta tersebut yang selamba masuk simpang dengan tidak memberikan signal sehingga menyebabkan kematian insan yang tidak bersalah.
Berikut merupakan komen warga maya:
Uncle2 kalau bawak kereta memang macam hanat. Banyak kali dah jumpa. Memang cilake betul. Dia pikir dia uncle orang kesah ke kalau dah drive macam orang takde otak
— (@aaraaeiou) April 19, 2022
tak dia macam ni kau kalau nak masuk simpang kene bagi signal at least 3 saat sebelum pastu berhenti tengok selamat ke tak ye bukan main masuk je macam tu jalan atok kau !!
— sazu (@snowflaxss) April 19, 2022
Dah patut haramkan dah warga emas memandu. Kalau nak lesen kena lepas ujian kesihatan dan penglihatan.
— Dan (@youJang19) April 18, 2022
Sebab ni aku selalu tekankan pd orang rumah aku , masuk simpang jgn perlahan sangat , kalau x yakin jgn masuk . Betul takdir, tapi atas jalanraya ni berani sangat xboleh , takut sangat pun xboleh
— AMINSEM #FreePalestine (@ShahiranAmin) April 18, 2022
ni lah benda yg paling aku trauma kalau bawak motor. haiwan melintas. biasanya anjing atau kucing. babi pon kadang2. tapi kalini babinya rare boleh bwk kereta.
— _easy (@izzulislamzohan) April 18, 2022
The post “Sampai helmet pecah” Gara-Gara Tak Beri Signal, Penunggang Motor Maut Berlanggar Dengan Pemandu Cuai! appeared first on YOY Network.
from YOY Network https://ift.tt/V5JBefS
via IFTTT
0 Response to "“Sampai helmet pecah” Gara-Gara Tak Beri Signal, Penunggang Motor Maut Berlanggar Dengan Pemandu Cuai!"
Post a Comment