Kecoh baru-baru ini di mana seluruh jalan raya di negara ini dikhabarkan sesak akibat umat Islam yang menyambut hari raya akan datang nanti ingin pulang ke kampung halaman masing-masing.
Siapa yang nak balik kampung tu mesti dah prepare semua barang siap-siap supaya nanti tak kalut di saat akhir kan?
Seperti tuan kucing pula, mesti mereka akan bawa haiwan kesayangan ini sekali. Yelah, takut nanti tak cukup makan pula kalau dibiarkan seekor.
Mana la tahu, sakan beraya sampai terlupa apa khabar mereka di rumah.
Lebih kurang sama kisahnya seperti seorang gadis ini namun kali ini kucing pula yang buat pasal dengan tuannya!
Kejadian lucu pada masa yang sama agak mendebarkan ini sempat dirakam oleh Nur Ika Atikah, yang juga tuan kepada kucing berwarna keperang-perang itu.
Menurut Ika, dia membawa kucingnya, Lola untuk pulang ke kampung halaman bersama.
Pada mulanya Lola disimpan di dalam sangkar namun disebabkan kucing itu tidak selesa, Lola dilepaskan untuk bebas berjalan di ruang kereta.
Tak disangka-sangka, kucing itu merayap sehingga masuk ke dalam dashboard kereta melalui pedal dan tersepit sehingga menampakkan bulunya sahaja!
Lola yang sudah berada di atas lebuhraya terpaksa datang ke balai bomba untuk menyelamatkan kucingnya itu.
Sejak video ini dimuat naik semalam, ia tular dengan mengumpul jumlah tontonan sebanyak 286 ribu dan 31 ribu tanda suka!
Video yang tular di laman TikTok
@nurikaatikahNak balik kampung punya cite. Lola buat hal alhamdulillah semua ok big thanks to bomba wangsa melawati. Cepat dan tangkas!! ♬ Originalton – POV’s
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan kenakalan Lola! Walaupun si bulu ini nakal, pengguna TikTok dilihat sempat memuji kecomelannya.
Berikut antara komen-komen yang diberikan netizen di TikTok
“mcm mane die boleh masuk kat situ”
“tolong deco kereta utk raya. baik kucing ni”
“Cute dia nak balik sekali tu nyorok taknak org tahu cuteee!!!!!”
“I pernh main kucing masuk dlm dashboard da la time i bru je beli tau kucing tu.. mak i ngn i da nangis ingt dia da jatuh atas jalan raya la bagai”
“alaaa dia nak jumpa abg bomba tu hahah”
“Kau dah kenapa cing dah xde tempat lain ke kau nak duduk”
“Ingatkan accessories ya Allah”
“AHHAHAHAHAHA yg ni paling kelakar siot”
“slalu bomba dtg tlg , ni akak bwk ke bomba terus ek ”
“ni mesti merajuk tak dpt ikut balik kampung astu kucing decide masuk dlm enjin nk ikut. kantoi di dashboard”
The post Kucing Buat Hal! Dah Dekat Tengah Highway, Tuan Kucing Tak Pasal2 Kena Jumpa Bomba appeared first on YOY Network.
from YOY Network https://ift.tt/0qfZiTr
via IFTTT
0 Response to "Kucing Buat Hal! Dah Dekat Tengah Highway, Tuan Kucing Tak Pasal2 Kena Jumpa Bomba"
Post a Comment