Rasa perit kehilangan ibu bapa bukanlah sesuatu perkara yang mudah untuk ditelan. Malah memakan masa yang lama untuk kembali sembuh daripada perasaan hiba tersebut.
Situasi akan menjadi lebih sebak jika seorang anak itu duduk berjauhan dengan orang tua mereka atas sebab-sebab tertentu.
Pun begitu, sebagai hambaNya harus yakin dengan qada dan qadar Allah SWT kerana Dia Maha Mengetahui dan sebaik-baik perancang.
Sama kisahnya seperti wanita berasal dari Sabah ini apabila mendapat perkhabaran sedih sebaik sahaja dia tiba di kampungnya.
Menurut pemilik asal video ini iaitu @aman_binsu, wanita itu datang ke Tanah Perkuburan Islam Kg. Pasir Putih di mana arwah ibunya disemadikan dari lapangan terbang Tawau.
Katanya lagi, wanita itu memang sudah membuat perancangan untuk pulang ke kampung halaman pada hari tersebut namun jauh di sudut fikiran wanita itu yang ibunya akan ‘pergi’ dahulu.
Video turut memaparkan wanita tersebut berlari ke pusara ibunya untuk menatap wajah wanita yang membesarkannya itu buat kali terakhir.
Dia turut dilihat menangis teresak-esak dan terketar seluruh tangannya. Mungkin akibat terlalu terkejut dengan perkhabaran yang diterima.
Video yang tular di laman TiKTok ini telah dimuat naik semula oleh akaun @malaysianupdatenews. Walaupun belum sampai tempoh 24 jam ianya dikongsi, video ini berjaya mendapat simpati ramai dengan meraih jumlah tontonan sebanyak 2.1 juta !
Video yang tular di laman TikTok
@malaysianupdatenews Perginya seorang ibu di hari kepulangan anaknya.. Pemergian di bulan suci Ramadan.. Semoga arwah ibumu ditempatkan di kalangan orang yang beriman.. Kepada anak-anak yang diperantauan, pulanglah ke kampung halaman.. Usahlah ditangguhkan, nanti menyesal sepanjang zaman..Al-Fatihah.. Inna lillahi wainna ilaihi roji’un aman_binsu #malaysianupdate #viralvideo ♬ Selalu Tersimpan – Valdy Nyonk
Menjengah ke ruangan komen, rata-ratanya bersimpati dengan nasib wanita itu. Dalam pada itu, mereka turut mendoakan agar arwah ibunya ditempatkan bersama golongan yang baik di alam sana.
Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di TikTok
“Ketar2 tgn dia. Allahuuu.. Takut aku nak hadapi benda ni.”
“saya setiap kali tgk ibu bapak org lain meninggal … saya mesti overthinking … mcm mn 1 day myfamily pulk saya x kuat”
“cara dia brlari pun dah boleh tahu brtnpa sdihnya dia ..semoga trus kuat”
“Ya Allah menitik air mata tgk”
“ya Allah menggigil tangan dia ”
“Semoga ibunya dtempatkan bersama sebaik golongan di sana sedihnya tngok akk tu tangan bergetar tk tahan sebak ”
“Biasa tgk drama ni realiti weh brlari mcm tu Allahuakbar ”
“Ya Allah , panjangkanlah umur kedua ibu bapa kami . Salam takziah buat saudari .”
The post “Ya Allah menggigil tangan dia”, Wanita Dah Book Tiket Flight Terpaksa Terima Kenyataan Ibu ‘Pergi’ Dahulu appeared first on YOY Network.
from YOY Network https://ift.tt/jovkXg0
via IFTTT
0 Response to "“Ya Allah menggigil tangan dia”, Wanita Dah Book Tiket Flight Terpaksa Terima Kenyataan Ibu ‘Pergi’ Dahulu"
Post a Comment