“Setengah jam juga la tunggu” Gelagat Budak Lelaki Azan ‘Terlebih Harakat’ Buat Netizen Terhibur

Didikan yang terbaik buat seorang anak adalah didikan dari awal sewaktu mereka masih kecil kerana mereka lebih mudah menerima dan akan terbiasa dengan ajaran tersebut malah akan bawa sehingga ke tua. Sesuai lah dengan pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Sama juga dengan kisah yang tukar baru-baru ini dimana memaparkan seorang budak lelaki yang melaungkan azan mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @khabirkamal, kelihatan mereka sekeluarga sudah bersiap sedia untuk menunaikan solat isyak.

Mereka membiarkan seorang budak kecil lelaki melaungkan azan namun apa yang membuatkan ramai terhibur adalah gelagatnya yang dikatakan ‘terlebih harakat’ sehingga kedengaran sangat beralun dan panjang.

Malah lelaki ini juga sempat berseloroh dengan mengatakan ini adalah azan isyak paling lama.

“Setengah jam juga laa tunggu dia habis azan” ujarnya di ruangan kapsyen.

Melihat telatah budak lelaki tersebut, beberapa orang lelaki dan juga jemaah wanita termasuk tukang rakam tidak dapat menahan ketawa mereka namun budak tersebut sedikit pun tidak terganggu dan tetap melaungkan azan.

Video yang tular di laman TikTok:

@khabirkamal Setngah jam juga laa tunggu dia hbih azan #fyppppppppppppppppppppppp #foryoupage #ramadan #fypシ #lawakmalaysia #lawaktiktok #foryourpage #entertainer ♬ original sound – Khabir Kamal

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 50K tontonan, 3363 tanda suka, 281 komen dan 130 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat gelagat budak lelaki tersebut yang bukan main panjang azan nya.

Malah ada juga netizen yang berseloroh mengatakan boleh ketar lutut tunggu bilal habis azan.

Dalam masa yang sama, para netizen juga mendoakan agar suatu hari dia menjadi imam masjid negara.

Antara komen warga maya:

“maybe one day dia jadi imam masjid negara mana tau kan”

“panjang dia tarik tu.. kalau terawih ni habis 20 rakaat dah”

“makan hari azan adik..”

“nasib baik bilal tak rebah..”

“takbir raya ke tu dik.. confident tu yang penting”

The post “Setengah jam juga la tunggu” Gelagat Budak Lelaki Azan ‘Terlebih Harakat’ Buat Netizen Terhibur appeared first on YOY Network.



from YOY Network https://ift.tt/noUf137
via IFTTT
loading...

0 Response to "“Setengah jam juga la tunggu” Gelagat Budak Lelaki Azan ‘Terlebih Harakat’ Buat Netizen Terhibur"

Post a Comment