Selain menyediakan makanan yang cukup, tempat tinggal yang selesa dan pakaian yang elok, sebagai ibu bapa sepatutnya menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak.
Seperti yang kita tahu, adab dan perilaku yang baik penting dalam proses membesarkan anak-anak agar mereka menjadi orang yang disenangi ramai.
Ibu bapa mana yang tak mahu melihat anaknya baik dan beradab kan? Tipulah kalau cakap tak nak.
Namun lain pula yang terjadi kepada pasangan suami isteri ini apabila melarang anak mereka untuk membersihkan sampah yang ada di atas meja makan.
Menurut gadis yang melihat situasi tersebut, keluarga itu sedang menjamu selera di sebuah restoran makan segera terkenal di negara ini iaitu KFC.
Walau bagaimanapun, sebaik sahaja si anak ingin membuang tisu ke tong sampah, dia dilarang ibunya. Malah si ibu siap sempat merendah-rendahkan pekerja KFC!
Tweet yang tular di laman Twitter
I stumble upon a family kt kfc. Lps mkn anak kecik tu nak buang tisu dlm tong sampah mak dia larang, letak je atas meja nnt org kutip. Anak dia pergi jgk then mak dia cakap eyy nak jadi pekerja kfc keee
— blackcurrantbased (@zyraroxx) April 22, 2022
Tweet yang dibuat oleh @zyraroxx secara tidak langsung telah mengundang baran ramai. Rupa-rupanya ramai juga yang pernah mengalami situasi yang sama di mana ibu bapa tidak menggalakkan atau memberi sokongan terhadap perkara baik yang ingin dilakukan anak-anak mereka.
Berikut antara reaksi yang diberikan oleh netizen di laman Twitter susulan dengan isu yang berlaku.
Mmg ada parent mcm ni yg saya kenal ank nk pakai stokin, handsock utk aurat, mak dia boleh ckp rimasla tgk. Dh mcm ustazah. Xpyhla pakai smua tu dpn tetamu² lain. Like weh malu ank tu do. And benda baik knpa halang?? Xphm mak zmn skrg
— Nonsense (@FDfluffy) April 22, 2022
Talking about this matter, aku teringat kat kawan aku yg tegur, knp aku cakap thank you to almost everyone, like if staff hantar makanan or makcik PakCik cleaner, I always smile and said, “thank you for your service” or just a simple thank you. They appreciate and happy with it
— Sya (@ordinaryh0man) April 22, 2022
Pernah makan di McDonald’s di Italy lama dulu. Selepas makan kita pun nak beredar keluar balik hotel. Sebelum keluar kedai, waiter dan waitress tahan. Sir please throw away your trash. Balik Malaysia, sejak itu, bila makan di mana2 fast food restaurant, clear table sendiri dulu.
— Abdul Rahman (@abdrahman_razak) April 22, 2022
100% sure same mak bapak yg jenis buang sampah ke luar tingkap kereta
— that guy just aggressively (@umaque) April 22, 2022
Ianya tweet yang baik. Point last benar ada hadis yang sohih berkenaan memudahkan urusan dunia mukmin yang lain.
Semoga suatu hari kita bina keluarga dengan mendidik keluarga nilai murni dan adab. Jikapun ibubapa kita tidak begitu, kena terap dlm diri ia mesti berakhir pd kita.
— Rasydan Bakar (@rasydanbakar) April 22, 2022
Nanti dah besar mak dia jangan la tanya ngape anak lepas mandi towel campak atas lantai,baju kotor tak masuk dlm bakul leklok huhu. Anak aku baru setahun,kalau makan luar normal la sepah kecamuk but i make sure aku kutip balik sisa makanan yg terabur guna tisu bcs (cont)
— MaryamahKarpov (@nellynonoi) April 22, 2022
The post Marah Anak Jadi Beradab, Ibu Siap Rendahkan Pekerja Restoran Fast Food “Letak je atas meja nanti orang kutip. Nak jadi pekerja KFC Ke” appeared first on YOY Network.
from YOY Network https://ift.tt/miIJLWh
via IFTTT
0 Response to "Marah Anak Jadi Beradab, Ibu Siap Rendahkan Pekerja Restoran Fast Food “Letak je atas meja nanti orang kutip. Nak jadi pekerja KFC Ke”"
Post a Comment