Budak Mengamuk Macam Kena ‘Histeria’, Tak Mahu Balik Kampung Sebab Takut Tak Ada Internet Buat Ramai Terhibur

Setelah sekian lama tidak dapat menjejakkan kaki ke kampung halaman gara-gara pandemik, sudah pasti ramai yang teruja menyambut Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.

Ramai yang sudah membuat persiapan raya seperti kuih muih, mengemas pakaian untuk pulang ke kampung malah pada masa kini jalan raya sudah mulai sesak dengan kereta.

Pun begitu, dalam kita tidak sabar menyambut raya, ada seorang kanak-kanak yang tidak mahu ikut keluarga pulang ke kampung mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @asnizainal90, dapat kita lihat budak lelaki tersebut menangis meronta-ronta seperti terkena histeria di khalayak ramai.

Difahamkan dia tidak tahu pulang ke kampung kerana takut jika tidak dapat menggunakan internet atau tiada rangkaian internet namun ahli keluarganya tetap memaksanya untuk masuk ke dalam kereta.

Dia juga perlu didukung untuk masuk ke dalam kereta malah dia juga kelihatan meronta sehingga memerlukan tenaga dua orang lelaki untuk menenangkannya.

Ada sahaja budak zaman sekarang memang tak boleh berpisah dengan gadget kan? Situasi tersebut dipercayai berlaku di negata jiran, Indonesia.

Video yang tular di laman TikTok:

@asnizainal90 Jaringan adalah segalanya #bismillahfyp #fyp #xyzbca #foryou #NgabuburitGaya #CaptureRamadanSpark ♬ DJ Rahmat Fauzi Syg Sekali – KomzZz

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 3.1M tontonan, 159.1K tanda suka, 8951 komen dan 19.8K perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat telatah anak tersebut yang meraung teruk gara-gara tidak mahu berpisah dengan internet.

Dalam masa yang sama, ada juga yang berseloroh mungkin di rumah nenek atau atuk tiada jaringan internet namun disana ada pelbagai jenis makanan.

Antara komen warga maya:

“perhatian buat orang tua.. jangan biarkan anak selalu bermain hp sampai lupa waktu..”

“dia fikir kampungnya terpencil.. padahal jaringan sudah maju.. pulang lah dik, nenek merindui mu..”

“iya dik, tak ada jaringan tapi di rumah nenek makan sahaja apa yang kamu mahu diikutkan semua dan mama tak boleh melarang”

The post Budak Mengamuk Macam Kena ‘Histeria’, Tak Mahu Balik Kampung Sebab Takut Tak Ada Internet Buat Ramai Terhibur appeared first on YOY Network.



from YOY Network https://ift.tt/LKAV6Ij
via IFTTT
loading...

0 Response to "Budak Mengamuk Macam Kena ‘Histeria’, Tak Mahu Balik Kampung Sebab Takut Tak Ada Internet Buat Ramai Terhibur"

Post a Comment