Mesti ramai yang tahu tentang isu yang sedang viral di dada akhar dimana Mahkamah Tinggi Johor Bahru hari ini menjatuhkan hukuman penjara enam tahun serta denda RM6,000 ke atas seorang wanita yang dikenali sebagai Sam Ke Ting, 27 tahun gara-gara merempuh 8 orang remaja ber’basikal lajak.
Disebabkan hal yang demikian, ramai netizen yang menyifatkan negara kita wajar mengharamkan kegiatan tersebut bagi mengelakkan sebarang perkara buruk berlaku lagi.
Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang polis cuba ‘gertak’ seorang budak lelaki yang bermain basikal lajak mencuri perhatian ramai.
Difahamkan, polis tersebut ingin memberi pengajaran semata-mata kerana enggan berlaku perkara burukterhadap budak lelaki tersebut.
Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok @W.A.R.O.N.G.P.A.K.J.A.B.I.T, kelihatan polis tersebut cuba mengangkat budak lelaki tersebut masuk ke dalam kereta untuk dibawa ke balai polis gara-gara bermain basikal lajak.
Dek kerana takut ‘tidur lokap’, dia kelihatan menangis sekuat hati sambil meronta-ronta apabila dipegang polis tersebut.
Menurut tukang rakam, budak lelaki itu degil dan bertindak keluar untuk bermain basikal lajak walaupun hari masih panas.
“lepasni tobat lah budak ni nak main basikal lajak”
Video yang tular di laman TikTok:
@p.a.k.j.a.b.i.t #fyp #fypシ #xyzbca #fypsarawak ♬ original sound – W.A.R.O.N.G.P.A.K.J.A.B.I.T
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 818.5K tontonan, 47.1K tanda suka, 4532 komen dan 2747 perkongsian di applikasi TikTok.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen menyokong tindakan polis tersebut kerana risau berlaku perkara yang buruk jika kegiatan basikal lajak ini terus berleluasa.
“anak aku degil aku hantar balai polis sampai depan balai dah nangis kaw kaw.. orangg tua kena tegas dengan budak biar dia yang nangis dari kita yg nangis nanti”- Netizen
Bukan itu sahaja, malah ramai dikalangan warga netizen akui anak-anak mereka juga takut jika digertak dengan perkataan ‘polis’. Pastinya mereka menangis kerana takut jika perlu bermalam di dalam lokap.
Berikut merupakan komen warga maya:
“saya sokong..biar dia takut.. terbaik abang polis..”
“bagi budak tu rasa.. abam polis saja je gertak..”
“ni mesti dipandang serius.. supaya dorang tak seuka hati main dijalan raya.”
“kelakar pulak abang polis ni.. budak tu balik taubat nasuha lepas ni..”
The post “Saja gertak..” Budak Basikal Lajak Meraung Menangis Takut Tidur Balai, Gelagat Polis Sakan Megusik Buat Netizen Terhibur appeared first on YOY Network.
from YOY Network https://ift.tt/WtsdqUM
via IFTTT
0 Response to "“Saja gertak..” Budak Basikal Lajak Meraung Menangis Takut Tidur Balai, Gelagat Polis Sakan Megusik Buat Netizen Terhibur"
Post a Comment