Setiap kanak-kanak yang sedang membesar pastinya akan minat dengan watak-watak sesuatu animasi.
Di dalam minda mereka akan ada pemikiran yang ingin menjadi watak tersebut. Namun, tidak dinafikan, antara cerita-cerita animasi yang ditayangkan ada yang meninggalkan impak yang positif dan ada juga yang negatif.
Bagi kanak-kanak yang terlalu obses dengan kartun kegemaran mereka pasti akan mengikuti apa sahaja yang dilakukan oleh kartun tersebut seperti cara bercakap dan mencuba aksi-aksi yang dilakukan watak tersebut.
Hal ini sama seperti seorang kanak-kanak yang mengidolakan kartun adiwara Ultraman.
Seorang individu telah berkongsi satu video dimana seorang kanak-kanak sedang menonton kartun aksi Ultraman di rumahnya.
Lagaknya begitu asyik melihat adiwira itu sedang berlawan dengan raksasa.
Namun, lebih mengejutkan apabila kanak-kanak berkenaan secara tiba tiba mengangkat sebuah kerusi dan terus membaling kerusi tersebut ke arah televisyen sekaligus menyebabkan televisyen tersebut pecah.
Tidak berhenti setakat itu, kanak-kanak itu berpaling ke belakang dan mengambil baldi pula dan membalingnya lagi seolah-olah dia sedang melawan raksasa di dalam televisyen sehingga televisyen itu rosak.
Akibat terlalu menjiwai watak adiwira kesayangannya itu, video tersebut telah tular dan mendapat perhatian netizen.
Rata-ratanya bimbang dengan reaksi ibu bapa kanak-kanak terbabit.
Tambahan pula ada juga yang turut menyalahkan ibu bapa kanak-kanak terbabit kerana mendakwa mereka tidak menghiraukan anak mereka kerana hal ini bukan sahaja membimbangkan malah turut membahayakan kanak-kanak itu.
“Ada orang yang merakam tapi seperti tiada siapa yang memerhati.”
“Tolong perhatikan setiap tingkah laku anak dan apa sahaja yang dilihat kerana kita tidak tahu apa yang ada dalam fikiran kanak-kanak. Mereka akan bertindak diluar jangkaan kita”
“Sebenarnya perkara ini agak bahaya kerana meninggalkan anak dengan sengaja. Ia lebih dari pecahkan tv, kerana boleh bahayakan budak tu. Mana lah tahu tv tu jatuh dekat atas budak tu atau dia kena renjatan elektrik”
Itulah antara komen-komen netizen di ruangan komen. Video tersebut bukan sahaja tular di Facebook malah juga di Tiktok dan telah meraih lebih 2 juta tontonan setakat ini.
Video tular di media sosial
The post [VIDEO] “Nak tolong Ultraman katanya,” TV Pecah Gara-gara Nak Lawan Raksasa appeared first on YOY Network.
from YOY Network https://ift.tt/2WfFnap
via IFTTT
0 Response to "[VIDEO] “Nak tolong Ultraman katanya,” TV Pecah Gara-gara Nak Lawan Raksasa"
Post a Comment