Pendidik atau guru ini sememangnya seorang yang banyak berjasa terutamanya dalam mendidik anak-anak muda agar mampu menjadi insan yang berguna suatu hari nanti.
Walau bagaimanapun anak-anak muda haruslah menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pelajar, dan jangan sesekali tidak menghormati insan yang bergelar guru ini.
Memetik laporan MStar, baru-baru ini tularnya suatu kisah di mana seorang guru meluahkan rasa kecewanya apabila seorang muridnya dengan sengaja menulis jawapan yang salah ketika menduduki peperiksaan.
Berdasarkan foto pada ciapan Twitternya itu, difahamkan terdapat 3 soalan yang ditulis dalam tulisan Jawi pada halaman kertas peperiksaan tersebut.
Namun apa yang mengecewakan adalah apabila murid itu bertindak menulis “Kamu nanya?” dan bukannya sekali, tetapi sebanyak lapan kali dijadikan sebagai jawapan bagi ketiga-tiga soalan berikut.
Difahamkan, guru itu meluahkan bahawa perasaannya bercampur baur apabila melihat jawapan yang diberikan oleh anak muridnya itu kerana mengenangkan proses merangka soalan itu bukanlah suatu proses yang mudah.
“Perasaan bercampur baur bila tengok ni. Buat set soalan bukan senang ya anak-anakku.
“Nak kena kaitkan dengan Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT), lepas tu kena tengok soalan tu mencapai tak tahap (penguasaan) C1 hingga C6.
“Bukan mengeluh sebab tu memang tugas guru. Tapi di mana letaknya tanggungjawab awak sebagai pelajar?” soal wanita itu.
Sekadar info, tulisan jawi merupakan tulisan paling tua dalam dunia boleh ditemui pada batu bersurat Terengganu, iaitu sejak tahun 1303 Masihi lagi.
Dan pada zaman kini, tulisan Jawi ini difahamkan semakin berkembang dan berevolusi sedikit demi sedikit dengan menambah beberapa huruf baru bagi membantu pembacaan.
Hal ini demikian kerana tulisan Jawi merupakan tulisan yang rumit dan boleh tersalah baca.
Bagi pandangan Min pula, kita sebagai pelajar hendaklah memandang usaha murni guru-guru yang telah berhempas pulas menyediakan soalan peperiksaan kita.
Kalau memang tidak tahu juga jawapannya, sekurang-kurangnya kita kena cuba untuk menulis jawapan yang elok, bukannya semberono sahaja menulis jawapan yang kononnya boleh dianggap sebagai bahan lawak.
The post Tulis ‘Kamu nanya?’ Sebanyak 8 Kali Sebagai Jawapan Peperiksaan, Guru Luah Rasa Kecewa Terhadap Tindakan Pelajar appeared first on YOY Network.
from YOY Network https://ift.tt/pUFnMdC
via IFTTT
0 Response to "Tulis ‘Kamu nanya?’ Sebanyak 8 Kali Sebagai Jawapan Peperiksaan, Guru Luah Rasa Kecewa Terhadap Tindakan Pelajar"
Post a Comment