Seperti yang kita tahu, pihak kerajaan telah lama memaklumkan hanya warganegara Malaysia sahaja dibenarkan untuk mengisi minyak RON 95, namun ramai yang seakan tidak mengendahkan dan ada uga yang mengambil kesempatan untuk mengisinya khususnya individu daripada Singapura.
Difahamkan harga minyak di Malaysia yang ditawarkan secara subsidi untuk warga Malaysia jauh lebih rendah berbanding minyak negara mereka.
Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang pemuda telah menegur sikap seorang warga Singapura di sebuah stesen minyak mencuri perhatian ramai.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh @blackmerz101, difahamkan lelaki Singapura itu mengisi minyak keretanya dengan menggunakan minyak RON 95 dan tindakannya itu ditegur oleh salah seorang individu warganegara Malaysia yang turut mengisi minyak di situ.
Namun apa yang membuatkan ramai kecewa adalah lelaki tersebut menjawab teguran itu dengan kasar dengan memerli menanyakan semula sama ada dia merupakan pekerja di situ ataupun tidak.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kesal dengan segelintir individu yang mengambil kesempatan dan solah ingin merampas hak warganegara Malaysia.
Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang kecewa dengan penguatkuasaan yang didakwa lemah sekaligus menyarankan beberapa cara bagi ‘mengajar’ individu degil seperti ini.
Antara komen wargamaya:
Kkdg tpikir juga…Malaysia ni syurga pada org asing..rakyat sendiri..tkulat2
— Mkmمكم.. (@Mkamal1312) February 21, 2023
Bawak kereta mahal, mengata Malaysian muka belachan bagai, tapi tetap sedehhhhhh dan miskin.
Minyak kereta hijau pun tak boleh beli. Nak jugak isi minyak kuning. Pathetic poor people.
— Zisss (@AnnyssEnrique) February 21, 2023
@KPDN_HQ @KPDNKK
Sila ambil tindakan..Minyak tu dibeli dgn duit subsidi.. milik rakyat Malaysia ye..
Di Brunei tak ada stesen minyak berani jual minyak bersubsidi kpd kenderaan plat asing ye..
Mereka sgt takut.. walaupun kenderaan asing tu dh tolak kereta sbb minyak habis.
— Kocing (@abdyns) February 21, 2023
Soalan dia tu padu
Klu yg kerja sana tanya, apa reaksi dia?
Tapi yg sedih bkn dia, tapi 1 sgd = 3myr..— Baljit Singh (@sbbaljit) February 21, 2023
Mana-mana yang kantoi macam ni..better sekat kenderaan dia dari keluar-masuk Malaysia.
— Xull03 (@doktunggulagi) February 21, 2023
Tunjuk IC masa bayar petrol. Simple je solusi nya, tapi nak buat payah.. https://t.co/8nZkwaanvV
— Farhan Izani (@farhanizani_) February 22, 2023
Perkongsian yang tular di laman Twitter:
Mantak langsiiii woooo
Plet asing (Singapura). Isi minyak kuning bila tegur cakap abg kerja sini ke? Lemah undang² sini. Bukan benda baru.#JohorBahru pic.twitter.com/oepL0TqB47
— ~ (@blackmerz101) February 21, 2023
The post “Kerja sini ke?” Warga Singapura Selamba Isi Minyak Ron95, Lelaki Ini Kesal Disoal Sinis Lepas Ditegur appeared first on YOY Network.
from YOY Network https://ift.tt/3ukdsB4
via IFTTT
0 Response to "“Kerja sini ke?” Warga Singapura Selamba Isi Minyak Ron95, Lelaki Ini Kesal Disoal Sinis Lepas Ditegur"
Post a Comment