Setiap insan yang dilahirkan di dunia ini diberikan ujian dan dugaan olehNya agar mampu menjadi insan yang lebih kuat dalam menghadapi sebarang cabaran.
Ada insan yang hidup penuh dengan kekayaan, malah ada juga yang sebaliknya.
Untuk mencari sesuap nasi buat keluarga, mereka sanggup berhempas pulas dengan bekerja keras tanpa memikirkan keringat peluh mereka.
Baru-baru ini, seorang bapa terkilan apabila motosikalnya ditarik oleh pihak bank sewaktu bekerja sebagai penghantar makanan.
Difahamkan, motosikalnya itu ditarik disebabkan ansuran bulanan tertunggak.
Bagi bapa ini, motosikalnya itu menjadi sumber pendapatan utama buat keluarganya dan juga satu-satunya kenderaan untuk menghantar anak ke sekolah.
Berdasarkan perkongsian seorang guru bernama Mohd Fadli Salleh di laman Facebook, dia menyatakan bahawa seorang murid pra-sekolah terpaksa berjalan kaki sejauh dua kilometer (km) bersama bapanya ke sekolah.
“Motor si ayah kena tarik beberapa minggu lepas akibat tertunggak empat bulan. Masa tu dia tengah buat job Grab, sumber pendapatan utama keluarga.
“Lepas hantar barang, pergi tempat parking motor, motor hilang. Ada brader bagi surat tunggakan beribu jumlahnya. Terduduk si ayah, motor kenderaan utama untuk cari makan kena tarik. Menung panjang jugalah,” tulisnya.
Bagaimanapun, hal tersebut tidak membuatkan si bapa berputus asa untuk menunaikan tanggungjawabnya dengan menghantar anak ke sekolah seperti biasa.
“Motor tak ada, anak pula minat nak pergi sekolah, setiap hari dia teman anak dengan berjalan kaki. 2km pergi, 2km balik.
“Kemudian masa pulang kena jalan lagi 2km pergi, 2km balik. 8km ulang-alik jalan kaki semata-mata untuk anak dapat ilmu,” terangnya lagi.
Dikatakan, si bapa juga tetap hadir ke sekolah ditemani isterinya pada Hari Orientasi Tahun Satu anak mereka untuk mendengar taklimat.
“Tak ramai ayah sanggup datang hari orientasi ni. Biasanya wakil kat ibu je, ni dua-dua datang. Bagus semangat si ayah walau dia sendiri tak ada SPM (Sijil Pelajaran Malaysia).
“Dia daripada keluarga susah 10 adik-beradik. Terpaksa berkorban tinggalkan bangku persekolahan di Tingkatan 4 kerana keluarga kurang mampu.
“Hari ini, dia masih berkata pada aku memang dia suka belajar. Dulu dia nak jadi cikgu. Namun nasib keluarganya tidak menyebelahi cita-citanya. Namun dia akan pastikan anak-anak dia dapat pendidikan sempurna,” luah Cikgu Fadli mengenai perbualannya bersama si bapa.
Cikgu Fadli berasa kagum kerana walaupun ditimpa kesusahan, si bapa masih tetap bersemangat dalam menjaga hak anak-anak dan turut mementingkan pelajaran.
“Habis program tadi, aku suruh dia tunggu depan pagar sekolah. Aku hantar keluarga mereka pulang, sebaik dia nak turun aku tahan. Abang ikut saya. Kakak dan anak naik la rumah.
“Aku bawa ke kedai motor di Batu Caves. Bang, nak motor mana? Cikgu nak belikan untuk saya ke? Aku angguk kepala. Bergenang terus mata dia,” katanya.
Menerusi hantaran tersebut, si bapa difahamkan telah dihadiahkan sebuah motosikal baharu SM Sport berharga RM 3,600.
“Masa pulang tadi, berkali-kali dia ucap terima kasih. Cikgu, saya tak tahu nak balas budi cikgu macam mana. Saya doakan cikgu terus murah rezeki.
“Budi ini bukan untuk dibalas. Budi ini untuk abang kembalikan pada orang lain apabila abang senang sikit di hari akan datang.
“Sumbangan ini bukan daripada poket saya seorang, doakan semua penyumbang ya,” tulisnya Cikgu Fadli yang merujuk kepada dana Pertubuhan Kebajikan Dana Kita dalam membantu masyarakat terutamanya bagi mereka yang kurang berkemampuan.
Perkongsian Facebook yang tular:
The post Sanggup Jalan Kaki 8KM Hantar Anak Sekolah, Rider Terharu Tak Sangka Akhirnya Dapat Motosikal Baharu appeared first on YOY Network.
from YOY Network https://ift.tt/fhOdSKk
via IFTTT
0 Response to "Sanggup Jalan Kaki 8KM Hantar Anak Sekolah, Rider Terharu Tak Sangka Akhirnya Dapat Motosikal Baharu"
Post a Comment