Tidak dinafikan kos sara hidup semakin meningkat tahun demi tahun.
Berlakunya kenaikan harga barang justeru memberikan impak sedikit sebanyak terhadap kalangan pembeli dan juga penjual.
Bagaimanapun, sebagai pembeli juga kita haruslah menilai harga sesuatu barangan itu berpatutan sebelum membelinya.
Terbaru, tular sebuah video mengenai seorang lelaki yang membandingkan harga dua bungkus nasi lemak yang dibeli di sebuah gerai tepi jalan sehingga mencetuskan perdebatan dalam kalangan warga netizen.
Menerusi video yang dimuat naik oleh @han_aziz_ di laman TikTok, lelaki itu telah membeli dua bungkus nasi lemak yang ‘total’ harganya bernilai RM 40.
Difahamkan untuk bungkusan pertama, dia dikenakan caj RM 18 berlaukkan sambal sotong, ayam goreng, telur mata dan nasi tambah.
Manakala bagi bungkusan kedua pula, dia dikenakan caj RM 22 untuk lauk ayam goreng, sotong sambal, daging rendang dan juga nasi tambah.
Sekadar info ketika artikel ini sedang ditulis, video berkenaan telah menerima 890.4K tontonan, 19.5K tanda suka, malah komen pula telah ditutup oleh pemilik akaun tersebut.
Video tersebut turut dimuat naik semula di Twitter oleh @jllmisai, dengan kapsyennya “Murah ke mahal? Cuba kamu jawab dengan jujur.. ”.
Menjengah di ruangan komen, orang ramai memberikan pandangan masing-masing mengenai harga nasi lemak tersebut.
Ada yang bersetuju bahawa harga yang dibayar itu berpatutan dengan lauk yang diambilnya, akan tetapi ada juga yang berpendapat bahawa nasi lemak itu ‘cekik darah’ harganya.
Antara komen netizen:
Ayam 4.50
Sotong 6.00
Rendang 4.50
Telo mata 1.50
Nasi 5.50 what????Maybe sotong 6.00-8.00. Tapi still nasi mahal nak mampus.
— Taro (@taro_liam) February 9, 2023
Bayar mcd rm50 tutup mata je. Dengan peniaga tepi jalan kau kira2 untung rugi dia
— Yamin Murtadha (@yaminmyb) February 9, 2023
Pada aku mahal. Kalau ada yg cakap murah korang lah tu bebal dah terbiasa kena scam beli makanan mahal
— ♛Saniyassa♛ (@theinas92) February 10, 2023
Ikutlah saranan menteri ekonomi rafizi, kalau kedai tu mahal, cari lah lain yg jual lebih murah. Sarapan aku setakat ni beli kuih + nasi lemak 2 lauk tak pernah lebih rm10
— Fakhrul Mj (@MFBMJii) February 9, 2023
Video TikTok yang tular:
@han_aziz_ Nasi Lemak Tepi Jalan #nasilemakfamous #sripetaling ♬ original sound – Han Aziz
The post ‘Review’ Nasi Lemak Harga Total RM40, Tindakan Lelaki Ini Cetus Perdebatan Ramai appeared first on YOY Network.
from YOY Network https://ift.tt/hE5zG60
via IFTTT
0 Response to "‘Review’ Nasi Lemak Harga Total RM40, Tindakan Lelaki Ini Cetus Perdebatan Ramai"
Post a Comment