“Tak tahu nak gelak ke nak sedih” Tak Jadi Nak Goreng, Wanita Terkejut Telur Dalam Peti Ais Membeku Tiba-tiba, Rupa-rupanya…

Dalam setiap rumah keluarga di negara ini, wajib ada telur ayam. Telur ayam bukan sahaja menu yang mudah untuk disediakan, malah ianya kegemaran ramai.

Iospital phone repair gombak

Jadi, kalau kesuntukan masa, boleh la ‘godek-godek’ peti ais tu cari telur ayam. Memang ssesuai dinimati seisi keluarga.

Bagaimanapun, lain pula kisah yang dikongsikan oleh seorang wanita di TikTok, membuatkan ramai tergamam serta terhibur!

Seperti yang kita tahu, sejak-sejak kenaikan harga telur ayam, ramai yang mula berjimat cermat. Antaranya menyimpan telur di tempat yang selamat seperti peti ais.

Itulah yang dibuat oleh @sha_8891 untuk mengelakkan daripada telur ayam yang dibelinya rosak dan berada di dalam suhu yang sesuai.

Pun begitu, menerusi video yang dimuat naik, sebaik sahaja dia mengambil telur ayam untuk digoreng, kesemua telur itu berubah menjadi beku seperti ais!

Wanita itu terkejut kemudiannya hairan apakah punca telur ayam berkenaan menjadi ‘rosak’ sebegitu. Oleh itu, dia pun mengambil keputusan untuk buang semua telur.

Susulan kejadian aneh itu, dia pun tergerak untuk memeriksa peti ais dan mendapati rupa-rupanya suhu peti ais dinaikkan ke paras paling tinggi.

Meskipun tidak didedahkan, wanita itu dapat mengenalpasti siapa yang penyebab perkara itu berlaku.

Ketika meneropong  ke ruangan komen, rata-rata terhibur melihat telur beku angkara anak-anak wanita ini. Malah, mereka turut boleh ‘relate‘ kerana pernah berada dalam situasi yang sama.

Selain itu, mereka turut mengatakan telur berkenaan masih boleh digunakan untuk memasak dan dimakan, cuma perlu cairkan sahaja terlebih dahulu pada suhu biasa.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di TikTok

“nerhh first time tgok ni😂😂😂

“pernah terjadi.. anak punya kerja.. telur tu boleh mkn lg.. goreng cam biasa😁

“Ahahaha.. kalau sy sayur abes berais.. tengok2 hermm taw la sape punyer keje.. 🤣😂

“pernah terjd… ingatkan telur dh risak bila tengok dia punya suhu full ank2 dok pusing… biarkan kt luar jap nnti telur dia cair cam biasa”

Video yang tular di laman TikTok

@sha_8891 Tak tahu la nk gelak ka nk sedih #fyp #sikokbagiduo #telor ♬ Sikok Bagi Duo – Meli Dedi

The post “Tak tahu nak gelak ke nak sedih” Tak Jadi Nak Goreng, Wanita Terkejut Telur Dalam Peti Ais Membeku Tiba-tiba, Rupa-rupanya… appeared first on YOY Network.



from YOY Network https://ift.tt/CeFLZsn
via IFTTT
loading...

0 Response to "“Tak tahu nak gelak ke nak sedih” Tak Jadi Nak Goreng, Wanita Terkejut Telur Dalam Peti Ais Membeku Tiba-tiba, Rupa-rupanya…"

Post a Comment