Tidak semua insan yang dilahirkan di dunia hidup dalam keadaan serba mewah.
Ada yang terpaksa mengikat perut, ataupun makan mengikut kemampuan sahaja demi meneruskan kehidupan masing-masing.
Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini di mana seorang pelajar berkongsikan kesukarannya dengan hanya mampu menjamah nasi berlaukkan kerak ayam sahaja telah meraih perhatian ramai.
Pada awalnya, ciapan Twitter @justalhafiz berkongsikan kisah rakannya yang hanya makan sebungkus mi segera yang dipatahkan menjadi dua lalu menyebabkan rakannya maut akibat kegagalan pelbagai organ dalaman.
Apa yang menarik perhatian ramai pula, ciapan yang dimuat naik oleh @eb1rah itu menerusi ruangan komen ciapan @justalhafiz itu.
Dapat dilihat pelajar @eb1rah itu mengaku bahawa dia hanya membelanjakan wang sebanyak RM 1 untuk makanan hariannya iaitu nasi berlaukkan kerak ayam sahaja.
Hal itu amat membimbangkan ramai pihak kerana ianya merupakan pemakanan yang tidak seimbang.
Meninjau di ruangan komen, orang ramai rata-ratanya ingin menghulurkan bantuan kepada pelajar itu.
Malah, ada juga individu yang berkongsikan pengalaman yang sama seperti yang dilalui oleh pelajar berkenaan.
Antara komen netizen:
Tak boleh DM you pulak I hope you’re doing fine but if you can please DM me
— Banana Bread (@lanamadihah) February 22, 2023
nak makan dm je
— Lutfi Daud (@lutfidaud) February 22, 2023
I hope u success and murah rezeki
— Hazelnutchocolatte (@Hazellehazelnut) February 22, 2023
i feel you :((( my parents sent me rm100 for a month its not enough but thankfully i had the opportunity to do part time at a restaurant so i can have a free meal. semoga your rezeki melimpah ruah
— milk (@chickyjong) February 22, 2023
Ciapan Twitter yang tular:
For 5 days a week I eat only to fill my stomach, I only spent RM1 for nasi putih+habuk ayam for lunch, at night I eat instant noodles. There are biscuits, eggs and milo thrown in there somewhere.
I can do it, but most can't
Students shouldn't be hungry pic.twitter.com/j5FZB6yXlX— anansi (@eb1rah) February 22, 2023
The post Terpaksa Ikat Perut, Pelajar Ini Mengaku Makan Nasi Putih Lauk Kerak Ayam Sahaja Untuk Jimat appeared first on YOY Network.
from YOY Network https://ift.tt/vH6iWw1
via IFTTT
0 Response to "Terpaksa Ikat Perut, Pelajar Ini Mengaku Makan Nasi Putih Lauk Kerak Ayam Sahaja Untuk Jimat"
Post a Comment