Tidak semua di antara kita bernasib baik dan menjalani kehidupan mewah. Ada yang tidur beralaskan tilam, ada juga yang tidur beralaskan kotak.
Begitulah perumpamaan yang dapat kita gambarkan dimana tidak semua orang mampu untuk memiliki sesuatu benda bahkan ujian hidup setiap insan adalah berbeza.
Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang ayah membawa anak-anaknya bekerja sekali di tepi jalan telah mencuri tumpuan ramai.
Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter iaitu @traveljimat, kelihatan sebuah keluarga sedang berada di tepi koridor di lokasi CIMB Bank, Johor Jaya.
Namun apa yang mengundang sebak ramai adalah apabila kelihatan seorang ayah tunggal membawa keempat-empat anaknya pergi kerja. Anaknya itu dilihat ada yang duduk, ada yang terbaring dan ada yang dipangku.
Difahamkan, lelaki itu perlu membawa anak-anaknya mencari rezeki sebagai tukang kasut kerana dia baru saja berpisah dengan isterinya.
Meninjau di ruangankomen, rata-rata warga netizen sebak melihat kegigihan lelaki tersebut yang tidak mempunyai sebarang pilihan dan perlu membawa kesemua anaknya mencari nafkah.
“Lelaki diuji ketika dia ada segalanya, perempuan pula diuji bila suami tiada apa-apa. Aku doakan kau dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan bang” – Netizen
Bukan itu sahaja, netizen turut pertikaikan sikap si isteri yang langsung tidak bertanggungjawab dan lepas tangan atas isu anak.
Antara komen warga maya:
Tak fahamnya bini2 jenis cmtu. Tergamak. At least fikirlah anak. Semoga si ayah terus kuat cari rezeki & jaga anak2. Semoga dimurahkan rezeki & dipermudahkan urusan mereka
— Shiee (@Sh1eee_) February 20, 2023
Alhamdulillah si Ayah masih kuat memikul tanggugjawab. Semoga Allah permudahkan urusan mereka sekeluarga.
— Nikky (@nikmasbudiman) February 20, 2023
Lelaki diuji ketika dia ada segalanya, perempuan pula diuji bila suami tiada apa-apa. Aku doakan kau dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan bang. InsyaAllah aku datang johor aku support.
— CapyBara (@jimie_capybara) February 20, 2023
Itu la dia insan yang bernama “Ayah/Bapak/Abah/Abi..”. Hidupnya berbekalkan kecekalan diri. Walaupun menghadapi sejuta cabaran, dia terus berpaut pada kebenaran. Deritanya dapat diselindungi, tangisannya rahsia di hati, namun kau meyakini Tuhanlah yang maha ESA…
— Aryz (@Aryz65) February 21, 2023
Video yang tular di laman Twitter:
Allahuakbar, tak kuat tengok video ni Si ayah kerja tukang kasut. Dah berpisah dengan si isteri, jadi terpaksa bawa empat orang anak ikut menjahit kasut. Sedih sangat tambah bila tengok anak yang kecil-kecil terbaring atas lantai menanti dengan sabar si ayah habis kerja. pic.twitter.com/6tueg8erzc
— Travel Jimat (@TravelJimat) February 20, 2023
The post Berpisah Dengan Isteri, Tukang Kasut Gigih Bawa 4 Anak Kecil Cari Rezeki Buat Ramai Sayu appeared first on YOY Network.
from YOY Network https://ift.tt/7nrzsKy
via IFTTT
0 Response to "Berpisah Dengan Isteri, Tukang Kasut Gigih Bawa 4 Anak Kecil Cari Rezeki Buat Ramai Sayu"
Post a Comment