Setiap manusia yang hidup pasti akan diberikan ujian daripada sang pencipta untuk menguji kesabaran serta dinaikkan darjatnya.
Ada yang terpaksa menanggung kesakitan untuk sekian lamanya kerana tidak mampu mendapatkan rawatan lanjut di hospital kerana tidak mampu dari segi ekonomi.
Persis kisah seorang wanita menghidap luka kanser, payudaranya pecah. Norizan Abu Seman dibantu seorang aktivis bernama Zuraini Kamal.
Menurut Zuraini, pesakit kanser payudara tahap empat dari Pendang, Kedah itu enggan meneruskan rawatan di hospital kerana risau tiada sesiapa boleh menjaga dua anaknya yang berusia lima dan 11 tahun.
“Suami pesakit yang hubungi saya, nak minta bantuan kewangan. Saya tak tahu dia orang susah. Suami dia tunjukkan gambar payudara isterinya yang pecah. Jadi saya hadir ke kediaman mereka pada Rabu untuk sampaikan bantuan dari segi barang dapur dan wang tunai.
“Masalah pesakit ini ialah dia enggan ke hospital sebab dia kata tak ada sesiapa nak jaga anak-anak yang masih kecil.
“Hospital tak boleh buat apa sebab kanser dah pecah, sebab boleh bleed to death. Pesakit kata doktor ada bagi ubat tahan sakit. Dia dapat morfin tapi tak nak makan sebab muntah. Jadi saya kata kepada pesakit, dia kenalah mengadu pada doktor untuk tukar ubat,” kata Zuraini.
Tambah Zuraini yang ditemu bual oleh Mstar, pesakit juga pernah menjalani rawatan kemoterapi namun enggan meneruskan selepas 10 kali atas alasan anak-anak.
Zuraini bukan sahaja hadir untuk menyampaikan sumbangan, tetapi memujuk wanita itu untuk ke hospital memandangkan luka pada bahagian payudaranya semakin teruk berpunca daripada rawatan bomoh.
“Dia pernah dirawat di hospital sebelum ini. Dah 10 kali jalani kemoterapi tapi tak nak sambung. Dia kata payah nak tinggal anak. Ini kes paling teruk saya pernah jumpa.
“Saya kata kepadanya, bayangkan jari luka pun dah sakit. Ini sampai berlubang, dia mengerang sakit, sampai merangkak dan pegang tiang. Saya kata, awak duduk macam ni nak ibadah pun susah.
“Benda ni tak boleh rawat, dia kena jalani kemoterapi. Saya juga cakap kepada dia, kalau pergi hospital ada ubat tahan sakit. Walaupun tetap sakit, tapi ia boleh mengurangkan sakit. Lepas tu dia kata tak mahu morfin, saya kata ada banyak lagi kaedah lain.
“Akhirnya kami hantar juga dia ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar pada Rabu. Dia masuk zon merah sebab keadaan sangat serius. Kemudian malam tadi (Khamis) dia dipindahkan ke zon kuning rendah. Hari ini (Jumaat) dia dah dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut dengan pakar kanser,” kata Zuraini.
Zuraini yang juga pejuang kanser akui sedih kerana pesakit itu mendapatkan rawatan alternatif daripada pengamal perubatan kampung.
“Saya sebagai pesakit kanser, bila tengok dia rasa sedih dengan masyarakat yang mudah tertipu dengan perawat palsu, perawat alternatif. Saya marah yang recommend bomoh. Ada orang recommend bomoh kepada pesakit ni, dia terpedaya tapi makin teruk jadinya.
“Saya sendiri sebagai pesakit kanser, saya boleh jadi testimoni. Saya dah lalui rawatan. Memang teruk tapi kita kena lalui proses ini untuk sihat. Pesakit ini menangis tak nak tinggal anak.
“Saya kata, kalau awak tak sihat, macam mana nak jaga anak. Dia duduk fikir tentang anak,” kata Zuraini yang telah sembuh daripada kanser dinding rahim sejak 11 tahun lalu.
Zuraini berpesan kepada pejuang kanser di luar sana agar tidak terpedaya dengan rawatan mengarut, sebaliknya merujuk kepada pakar.
“Kepada pesakit kanser, kita kena sertai kumpulan sokongan. Menerusi kumpulan ini, kita sama-sama berkongsi apa yang dilalui. Perjuangan ini panjang dan meletihkan dari segi mental, fizikal dan kewangan.
“Tapi apabila kita jumpa rakan yang senasib, kita dapat tahu bahawa ini proses yang normal sebab orang lain pun lalui benda sama. Kalau orang lain boleh berjaya sihat, kita pun boleh.
“Saya harap masyarakat berhenti memberi nasihat yang salah dan jangan ganggu rawatan pesakit kanser,” kata aktivis itu lagi.
Video yang tular di laman TikTok
@zurainikamalcsm 16.02.2023 bawa Pesakit Kanser ke Hospital utk mendaoatkan Rawatan yg diperlukan #cancerawareness #aktivisMarhaen #CancerSurvivorsMalaysia #kumpulansokongankansermalaysia ♬ original sound – bigboss
@zurainikamalcsm 15.02.2023 CSM Bantu Pesakit Kanser payudara #CancerSurvivorsMalaysia #kumpulansokongankansermalaysia #aktivisMarhaen #aktivisKanser#cancerawareness ♬ original sound – zurainikamalCSM
@zurainikamalcsm 15.02.2023 #CSM bantu seorang Pesakit Kanser Payudara Tahap 4 #CancerSurvivorsMalaysia #kumpulansokongankansermalaysia #cancerawareness #aktivisKanser #aktivisMarhaen ♬ original sound – zurainikamalCSM
@zurainikamalcsm16.02.2023 CSM Bantu Pesakit Kanser Payudara Tahap 4. Luka Kanser pecah kerana rawatan Bomoh♬ original sound – Doc70r
@zurainikamalcsm 15.02.2023 Kanser bukan Penyakit Biasa2. Kanser perlu dirawat oleh Pakar Kanser Bertauliah. Pesakit tolong pergi ke Hospital. #cancerawareness #healtheducational #CancerSurvivorsMalaysia #kumpulansokongankansermalaysia ♬ original sound – zurainikamalCSM
The post Aktivis Kecewa Payudara Pejuang Kanser Pecah Gara-gara Terpedaya Dengan Rawatan Bomoh, Enggan Ke Hospital & Sanggup Tahan Sakit appeared first on YOY Network.
from YOY Network https://ift.tt/LrmndgZ
via IFTTT
0 Response to "Aktivis Kecewa Payudara Pejuang Kanser Pecah Gara-gara Terpedaya Dengan Rawatan Bomoh, Enggan Ke Hospital & Sanggup Tahan Sakit"
Post a Comment