Kes saman Siti Nordiana Alias atau lebih mesra disapa Nana yang sudah setahun dijalankan nampaknya masih berlarutan sehingga ke hari ini.
Terdahulu, penyanyi dan pelakon ini memfailkan saman ke atas lima individu termasuk dua rakan seperjuangannya iaitu Lan Solo dan Syura atas dakwaan memfitnahnya di platform media sosial Instagram.
Baru-baru ini, Nana mendedahkan dia reda dengan segala keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi pada Jumaat yang menolak permohonan dua individu untuk membatalkan saman fitnah yang difailkannya Julai tahun lalu.
Nana, 37, bagaimanapun masih belum dapat memberikan sebarang penjelasan secara terperinci tentang isu ini kerana proses selanjutnya masih berjalan.
“Keputusan tersebut saya terima semalam (Jumaat) daripada peguam saya. Ini adalah keputusan pertama dan saya difahamkan masih ada lagi beberapa permohonan lain daripada pihak sana.
“Yang pertama ini sudah dapat jawapan, ditolak. Keputusan yang diputuskan mahkamah, itulah dia. Apa pun saya serahkan segalanya kepada prosedur perundangan,” katanya ketika ditemui di siri Jelajah 90 Suria Memang Cantik Kak ELL di Paradigm Mall, Johor Bahru, Sabtu.
Dalam pada kes mahkamah yang masih berjalan, Nana akui dia memilih untuk meneruskan kehidupan seperti biasa.
“Saya jalankan hidup macam biasa. Walaupun mungkin proses ini ambil masa yang lama, tapi tak mengapa, saya okay saja. Hidup dengan cara sendiri.
“Kalau dipanggil untuk perlu hadir ke mahkamah, saya akan hadir. Begitulah, ” tambahnya.
Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan dua individu untuk membatalkan saman yang difailkan Nana terhadap mereka berhubung dakwaan memfitnah.
Antara yang membatalkan saman ialah Pegawai Perhubungan Awam Syarikat Rakaman FMC Music Sam Musyadzafar Samin, 44, dan jurusolek artis bebas Razidah Ahmad Senusi, 43.
Hal ini dimaklumkan peguam Abang Azlan Abang Ariffin yang mewakili Nana selaku plaintif selepas prosiding kes secara dalam talian di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Dr. John Lee Kien How @ Mohd.Johan Lee.
Menurut peguam itu, mahkamah turut memerintahkan kedua-dua defendan tersebut membayar kos RM3,000 kepada Siti Nordiana.
“Mahkamah menolak permohonan itu atas alasan antaranya terdapat asas fitnah dalam pernyataan tuntutan plaintif. Tarikh 27 September ini ditetapkan untuk pengurusan kes, seterusnya,” kata peguam tersebut.
Terdahulu, Sam Musyadzafar dan Razidah merupakan defendan keempat dan kelima telah memfailkan permohonan untuk membatalkan saman tersebut pada 24 Januari lalu.
Pada prosiding sama, Sam Musyadzafar diwakili peguam Zeti Zulfah Zulkifli @ Hassan manakala Razidah diwakili Muhammad Aliff Haiqal Roslan.
Selain kedua-dua defendan itu, Siti Nordiana turut menyaman Lan Solo atau nama sebenar Mohd Razlan Mohamed Yusof, 36, isterinya Nur Sheila Hassim, 36, dan Zuraidah Badron, 35, atau lebih dikenali sebagai Syura, selaku defendan pertama sehingga ketiga.
Menerusi pernyataan tuntutan yang difailkan pada 30 Julai tahun lalu, Siti Nordiana mendakwa pada 20 Julai 2021, lebih kurang 11.58 malam, melalui sesi live yang dikendalikan oleh Nur Sheila dan disertai empat defendan lain menerusi akaun Instagram masing-masing telah menabur kata-kata berunsur fitnah terhadapnya.
The post Siti Nordiana Akur Keputusan Mahkamah Tolak Permohonan 2 Individu Batal Saman appeared first on YOY Network.
from YOY Network https://ift.tt/xF4Lgvi
via IFTTT
0 Response to "Siti Nordiana Akur Keputusan Mahkamah Tolak Permohonan 2 Individu Batal Saman"
Post a Comment