Dakwa Ritual Jadi Wali, Video Bayi Dilambung Buat Netizen Berang

Agama islam adalah agama yang memudahkan dimana berpegang pada Al-Quran, As-Sunnah dan dalil-dalil sahih.

Bagaimana pun, ada juga segelintir individu yang seakan merumitkan perkara yang mudah bahkan ajaran agama seolah ‘tertutup’ dengan adat sesetengah kaum.

Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang bayi dilambung oleh jemaah di dalam sebuah masjid mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook iaitu Faris Hassan Bin Gadneh, lelaki terbabit yang lengkap mengenakan pakaian solat selain berkopiah dilihat beberapa kali melambung bayi berkenaan sambil berjalan.

Tidak cukup dengan itu, dia juga membaca sesuatu sebelum diaminkan oleh jemaah yang lain.

Difahamkan kejadian itu adalah upacara yang dilakukan agar bayi dapat menjadi wali apabila besar nanti.

“Baru tau saya. Ritual lempar bayi di masjid (biar jadi wali). *Wali murid, wali band, dan lain-lain (mempersoalkan),” tulis Faris Bin Hassan Gadneh di ruangan kapsyen.

Oleh kerana video tersebut tulah tular, seorang lelaki yang menggunakan nama akaun Facebook Yuda Hanafi menegaskan ianya sangat berbahaya dari segi kesihatan bayi tersebut malah ritual itu tidak dilakukan oleh para Nabi S.A.W.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen mempersoalkan ritual tersebut malah menyifatkan ianya telah tersimpang jauh daripada ajaran agama.

Bukan itu sahaja, netizen juga kesian melihat bayi tersebut yang dilambung sebegitu.

Antara komen warga maya:

“Bila adar mendahului agama”

“Weiiii baby tu bukan kucinggggg.. apesal mak pak baby ni cerdik terlebihhh”

“Gegar otak budak tu.. boleh cacat seumur hidup.. Kalau jatuh???”

“Pertama kali aku tengok.. orang islam pulak tu..”


Video yang tular di Facebook:

Sehingga kini, tiada maklumat lanjut yang diperolehi berkaitan video tersebut namun berdasarkan ayat dilafazkan, kejadian dipercayai bukan berlaku di Malaysia.

The post Dakwa Ritual Jadi Wali, Video Bayi Dilambung Buat Netizen Berang appeared first on YOY Network.



from YOY Network https://ift.tt/1bacJpk
via IFTTT
loading...

0 Response to "Dakwa Ritual Jadi Wali, Video Bayi Dilambung Buat Netizen Berang"

Post a Comment