Pemuda Kena ‘Payung’ Di Kedai Makan Oleh Lelaki, Disangka Betul2 Ikhlas Rupa-Rupanya Ada Udang Di Sebalik Batu!

Dahulu, jika kita dibelanja seseorang tanpa sebab, tidak perlu diragukan lagi keikhlasan mereka terhadap kita. Namun jika sekarang diperlakukan begitu, rata-ratanya mengharapkan balasan.

Walaupun tidak semua berperangai begitu, namun kebanyakannya seperti mempunyai udang di sebalik batu. Mereka berbuat baik kepada seseorang dengan harapan mendapatkan sesuatu yang dinginkan.

Sama seperti yang terjadi kepada seorang pemuda ini apabila dia tiba-tiba dibelanja makan oleh seorang lelaki yang tidak dikenalinya di sebuah restoran. Kisah lucu itu sempat dikongsikan di TikTok oleh ariff.hkal.

Menurut pemuda yang juga mangsa keadaan itu, dia dihampiri lelaki yang membahasakan dirinya abang di kedai makan lalu menyuruhnya untuk ambil sahaja makanan yang dia mahu. Lelaki itu malah seperti beria-ria ingin belanja pemuda tersebut.

Bak kata pepatah Melayu, rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari, pemuda itu pun dengan terujanya memilih lauk-pauk yang terhidang di situ tanpa memikirkan apa yang akan terjadi kepadanya selepas itu. Maklumlah, ada orang nak belanja. Tiada masa untuk berfikir.

Tidak disangka-sangka, lelaki yang ‘baik hati’ itu tiba-tiba meminta nombor telefon pemuda ini sebagai balasan kebaikannya yang belanja makan.

Pemuda berkenaan sempat terkedu dan terdiam seribu bahasa! Bagaimanapun, tidak mahu menghampakan hasrat lelaki yang membelanjanya itu, dia pun memberi nombor telefonnya.

Sebaik sahaja kedua-duanya mempunyai nombor masing-masing, pada sebelah malam pula pemuda ini ditelefon oleh lelaki berkenaan. Namun kali ini lebih ekstrem permintaannya kerana mengajak pemuda tersebut untuk ‘check-in‘ bersamanya!

Walaupun kisah ini diceritakan semula oleh pemuda itu sendiri dengan gayanya yang santai dan tenang, namun pasti dalam hatinya Tuhan sahaja yang tahu betapa ngerinya apabila didekati seseorang yang sama jantina.

Video berdurasi 30 saat yang mengundang dekah ramai itu kini berjaya mengaut tontonan sehingga 612.8 ribu serta mengumpul 49.4 ribu tanda suka!

Menjengah ke ruangan komen, rata-ratanya terhibur mendengar pengalaman pemuda tersebut. Malah mereka turut meminta untuk membuat sambungan kepada kisah tersebut kerana ingin tahu apa yang terjadi selepas insiden berkenaan.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di TikTok

“nasib baik tak agree kau haa ngisau laa kalau dia ajak check in, kau plk “ku ikhlaskan~” 😂

“Hahaahaha pancing yg menjadi”

“Habis lahhh😂😂😂

Video yang tular di laman TikTok

@ariff.hkaljangan senang-senang bagi orang belanja kita makan ada maksud lain tu♬ bunyi asal – Ariff Haikal1791

The post Pemuda Kena ‘Payung’ Di Kedai Makan Oleh Lelaki, Disangka Betul2 Ikhlas Rupa-Rupanya Ada Udang Di Sebalik Batu! appeared first on YOY Network.



from YOY Network https://ift.tt/QmkBNpV
via IFTTT
loading...

0 Response to "Pemuda Kena ‘Payung’ Di Kedai Makan Oleh Lelaki, Disangka Betul2 Ikhlas Rupa-Rupanya Ada Udang Di Sebalik Batu!"

Post a Comment