Sejak berlangsungnya Kl Fashion Week 2022, Pelbagai isu sensasi yang dapat kita lihat di media sosial. Manakan tidak, ramai daripada artis dan selebriti memperagakan pakaian mengikut fashion terkini.
Tidak reda lagi isu tentang Noh Hujan tampil catwalk dengan rokok, baju Aina Abdul seakan ‘plastik sampah’ dan pakaian tradisional yang ‘pelik’, kini timbul sebuah lagi kontroversi dimana penampilan seorang pereka fesyen tempatan dikatakan mempersendakan kesucian ‘songkok’ dan agama islam.
Dek kerana ianya menjadi bualan serata media sosial, pereka fesyen Behati iaitu Kel Wen tampil memperjelaskan hal sebenar di mana dia tidak mempunyai niat mempersendakan sesuatu agama.
Dia juga menyatakan keunikan dibesarkan dalam sebuah masyarakat majmuk terutamanya komuniti Islam di Malaysia dan ia secara tidak langsung mempengaruhinya dalam berkarya.
“Saya membaca komen anda. Secara serius, saya tidak berniat untuk mempersendakan agama. Islam itu indah dan diperbesarkan di sekeliling umat Islam di Malaysia. Ia secara semula jadi mempengaruhi seni dan gaya saya.”tulisnya.
“Anda tak perlu menerimanya sekarang hanya kerana gaya ini masih belum ‘biasa’ bagi fesyen lelaki tempatan. Tetapi, sila jaga mulut jika anda masih menganggap diri anda sebagai contoh manusia ‘sempurna’ dan ‘sederhana’.
“Untuk menjadi sederhana, ia bukan hanya dinilai pada pemakaian, sebaliknya pertuturan kita.”tulisnya
Kel Wen yang juga salah seorang pereka fesyen bagi penyanyi Aina Abdul berkata, dia tidak merasakan fesyen yang digayakan itu adalah keterlaluan.
“Saya tak pakai songkok dengan seluar dalam yang seksi atau mendedahkan mana-mana bahagian sensitif badan saya yang menunjukkan ‘kebogelan.
“Saya hanya menunjukkan lutut seperti kebanyakan lelaki Melayu di luar sana yang menjadi fesyen pada hari ini. Pakai songkok dan nampak lutut adalah sama konsep dengan wanita berhijab yang memakai tudung tetapi leher terkeluar. Ia termasuklah konsep yang sama dengan memakai sut formal dengan skirt pendek ke majlis rasmi.”jelas Kel Wen.
Tidak cukup dengan itu, dia juga mendedahkan bahawa songkok bukan lah berasal daripada masyarakat melayu malah ianya dibawa oleh umat Islam India pada abad ke-19 dan orang Melayu tidak memakainya sewaktu zaman Kesultanan Melaka.
“Orang Melayu dulu pakai sarung sahaja dan topless dianggap biasa. Saya memakai seluar pendek di sebalik samping. Songkok dengan seluar pendek tidak pernah menjadi isu pada tahun 1941, dipakai oleh lelaki Melayu Rejimen Askar Melayu Diraja di Singapura.”ujarnya lagi.
Menurutnya lagi, sekiranya ramai tidak boleh menerimanya memakai songkok megikut gaya hidup peribadinya sendiri, maka ia jelas menunjukkan mereka adalah rasis dan itulah masalah sebenar yang berlaku dalam isu ini.
Perkongsian yang tular:
The post “Saya tak pakai dengan ‘underwear’” Isu Hina Songkok, Kel Wen Tampil Beri Penjelasan appeared first on YOY Network.
from YOY Network https://ift.tt/seh8iaE
via IFTTT
0 Response to "“Saya tak pakai dengan ‘underwear’” Isu Hina Songkok, Kel Wen Tampil Beri Penjelasan"
Post a Comment