Selamba Tunjuk Jari Tengah Belakang Polis Wanita, Lelaki Check-in ‘Hotel Besi’ Malam Merdeka

Setelah dua tahun tidak menyambut sambutan Hari Kemerdekaan, pastinya rakyat Malaysia akan menantikan tarikh keramat 31 Ogos ini dengan perasaan yang berkobar-kobar. Malah ada yang sanggup datang ke Dataran Merdeka seawal 3-4 pagi demi menyambut sambutan hari bersejarah negara Malaysia.

Namun di sebalik kemeriahan orang ramai pada malam ambang hari kemerdekaan, tertularnya sebuah video yang mempamerkan tindakan kurang sopan seorang lelaki yang merakam dirinya sambil menunjukkan jari tengahnya sambil tersenyum megah.

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya terkantoi juga perbuatan lelaki tersebut apabila salah seorang pegawai polis melihat adegan tersebut. Akibatnya, lelaki tersebut telah digari pada malam merdeka akibat padah yang dilakukan sendiri.

Tindakan yang telah dilakukan telah mengundang kemarahan netizen kerana perbuatan tersebut dianggap sangat biadap. Lebih bertambah berang apabila lelaki itu bukan warganegara Malaysia tetapi warganegara jiran, iaitu Indonesia.  Seharusnya lelaki tersebut perlu menghormati hari mulia yang bakal disambut oleh orang Malaysia, bukan mencetuskan amarah.

Berikut adalah respon netizen terhadap tindakan yang telah dilakukan oleh lelaki itu.

Seperti yang kita ketahui, tidak kira sama ada kita orang Malaysia mahupun orang luar, apabila kita datang ke sesebuah negara, kita harus menghormati adat, kepercayaan, agama dan sejarah negara tersebut.

Merakam sesuatu yang menyentuh sensitiviti adalah sangat tidak wajar dilakukan demi menaikkan viewers. Terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk dijadikan ‘content’ bukan dengan cara tidak sopan.

Antara respon netizen berpuas hati dengan tindakan pegawai polis tersebut.

“Dengan outfit selekeh kau,datang sini nak buat kepala anjing,elok la kena angkut,tak reti hormat negara orang pegi berenang balik negara kau la”

“X perlu libatkan negara mereka kerana memarakkan isu sesama netizen MY & INA. Buktikan kita rakyat yg matang guys. Selamat Merdeka.”

“Tengok muka pun dah tau dari mana ..padan muka”

The post Selamba Tunjuk Jari Tengah Belakang Polis Wanita, Lelaki Check-in ‘Hotel Besi’ Malam Merdeka appeared first on YOY Network.



from YOY Network https://ift.tt/JCts1jz
via IFTTT
loading...

0 Response to "Selamba Tunjuk Jari Tengah Belakang Polis Wanita, Lelaki Check-in ‘Hotel Besi’ Malam Merdeka"

Post a Comment