Letupan & Asap Tebal Di Pentas Peragaan Pavillion, Raih Pelbagai Reaksi Netizen

Kejadian yang tidak disangka boleh berlaku bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Oleh itu, kita haruslah sentiasa berhati-hati dan peka dengan keadaan sekeliling bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku kepada diri mereka.

Memetik laporan Kosmo, tular satu rakaman video yang memaparkan suatu insiden letupan yang berlaku di salah satu pusat beli belah terkenal di Kuala Lumpur, Pavillion petang semalam.

Berdasarkan video yang dimuat naik oleh pengacara terkenal tanah air Aznil Hj Nawawi, atau lebih dikenali sebagai Pak Nil tersebut, kelihatan asap tebal dan percikan api sehingga mengeluarkan bunyi seakan letupan.

Letupan kecil itu berlaku di belakang pentas Kuala Lumpur Fashion Week 2022 (KLFW 2022) yang berlaku ketika beliau sedang menunggu giliran berjalan di pentas peragaan.

“Allah, apa benda ni? Macam ada benda meletup. Kami di Pavilion dan kejadian berlaku di belakang stage KLFW.

“Semua orang kelam-kabut ditambah bau asap lagi. Bahaya dan takutlah,” katanya dalam video berkenaan.

Menerusi video yang dikongsikan di laman tikTok itu juga, kelihatan beberapa anggota Polis Bantuan Pavilion cuba bertindak menangani masalah tersebut.

Walau bagaimanapun, sewaktu mereka sedang cuba mengawal keadaan, kelihatan satu letupan kecil hingga api menyambar berlaku dalam tempoh beberapa saat kemudian.

Namun begitu, syabas kepada pasukan Polis Bantuan Pavilion kerana berjaya mengawal keadaan tersebut dan mengawal keselamatan orang ramai di sana.

Difahamkan, punca ‘letupan’ ini masih belum dikenal pasti dan masih menunggu maklum balas daripada pihak pengurusan Pavillion.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah memperoleh sebanyak 659.7K views, 26.6K likes dan 665 comments di laman sosial TikTok.

Meninjau di ruangan komen, warga netizen menghargai dan bersyukur atas usaha berani anggota bantuan polis cuba meleraikan masalah tersebut.

Bukan itu sahaja, ada netizen yang menegur bahawa sepatutnya pihak pengurusan Pavillion membunyikan siren kecemasan untuk arahkan semua pengunjung keluar dan ada juga yang mengkritik jika berlakunya ‘kebakaran elektrik’ maka ‘powder’ tidak boleh digunakan untuk memadamkan kebakaran tersebut.

Tidak cukup dengan itu, seperti biasa rakyat Malaysia yang dikatakan ‘tidak pernah serius’, rata-rata warganet memuji kecantikan salah seorang polis bantuan yang turut terpapar dalam video berkenaan.

Antara komen netizen:

“terbaik polis bantuan ,yg penting cara nak handle keadaan macam tu polis bantuan pun dah terlatih untuk kurangkan risiko kebakaran”

“Electrical xleh guna powder..sepatutnya co2..nmpk situ ad co2..tpi xtahu la guna ke x?berdasarkan pengalaman”

“kenapa x bunyi Alarm keselamatan untuk kosongkan bangunan…”

“kenapa polis bantuan yg buat? mana maintenance person in building? pe pon chomel polis bantuan tu 😬

“polis wanita tu cantik, nampak cam gerak2 khas dah dia”

 

Video yang tular:

@datukaznilnawawi Paknil tengah tunggu giliran nak masuk untuk walk baju @Neonate Clothing Co ♬ original sound – Datuk Aznil Nawawi

The post Letupan & Asap Tebal Di Pentas Peragaan Pavillion, Raih Pelbagai Reaksi Netizen appeared first on YOY Network.



from YOY Network https://ift.tt/NwKLHFh
via IFTTT
loading...

0 Response to "Letupan & Asap Tebal Di Pentas Peragaan Pavillion, Raih Pelbagai Reaksi Netizen"

Post a Comment