Kanak-Kanak Meraung Atas Katil Gara-Gara Mukanya Tiada Dalam Gambar Perkahwinan, Buat Netizen Berdekah

Bagi pasangan yang mempunyai anak kecil di rumah pasti sudah menjawab soalan-soalan yang diajukan kepada mereka. Biasalah budak-budak baru nak membesar. Ada sahaja yang nak ditanya.

Bahkan yang lebih melucukan, soalan yang diberi oleh anak-anak kecil ini bukan biasa-biasa. Kadang-kadang mencabar minda sehingga memerlukan kesabaran yang tinggi untuk memahamkan mereka.

Baru-baru ini tular sebuah video di media sosial apabila anak perempuan kepada wanita bernama Fatihah Sidek menangis sambil meraung gara-gara melihat gambar perkahwinan ibu dan bapanya.

Melihat semula kepada video yang dikongsikan di TikTok itu, anak perempuan Fatihah berdiri di atas katil sambil menunjuk-nunjuk ke arah bingkai gambar yang digantung di kepala katil.

Kanak-kanak perempuan itu sedih dan merajuk dengan ibunya sendiri setelah menyedari dirinya tiada di dalam gambar tersebut! Dia merajuk lalu menyangka si ibu tidak menyayanginya dan sebab itulah dia tiada di dalam gambar perkahwinan.

Walau bagaimanapun, Fatihah sabar melayan kerenah anaknya itu dan menjawab setiap soalan anaknya dengan baik. Pun begitu, anaknya masih ‘stres’ dengan situasi itu.

Apa yang lebih melucukan dan mengundang dekah netizen adalah kanak-kanak itu juga bertanyakan kepada ibunya bagaimana dia boleh hilang dan tidak wujud dalam gambar sebelum dipujuk dan dipeluk oleh Fatihah.

Sejak video ini dimuat naik beberapa hari lepas, ianya berjaya mengaut jumlah tontonan sebanyak 557.6 ribu serta meraih sebanyak 48 ribu tanda suka!

Meneropong ke ruangan komen, netizen terhibur melihat gelagat kanak-kanak perempuan itu. Dalam pada itu ramai juga yang berkongsikan pengalaman sama seperti wanita tersebut.

Malah ada yang siap mencadangkan untuk wanita tersebut mengambil gambar perkahwinan semula agar anaknya yang merengek itu turut ada di dalam bingkai gambar.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di TikTok

“jangan stress dik”

“HAHAHAHAHHAHA tk proses lagi dik oittttt😂😂

“Saya cadangkan akak minta geng fb edit apa hari ini letak gambar adik sekali 😂😂😂

“dek kalau awak ade kat dalam gambar tuh …nanti bising satu kampung 😂😂

Video yang tular di laman TikTok

@fatihahsidekAnak korang macam ni jugak ke? HAHA STRESS MEMBERR DIA TAKDA DALAM GAMBAR KAWIN IBU AYAH 😂♬ original sound – Fatihah sidek | Woman power

The post Kanak-Kanak Meraung Atas Katil Gara-Gara Mukanya Tiada Dalam Gambar Perkahwinan, Buat Netizen Berdekah appeared first on YOY Network.



from YOY Network https://ift.tt/OWw2uYL
via IFTTT
loading...

0 Response to "Kanak-Kanak Meraung Atas Katil Gara-Gara Mukanya Tiada Dalam Gambar Perkahwinan, Buat Netizen Berdekah"

Post a Comment