Nama Ryan Bakery tidak asing lagi dalam masyarakat kita. Ramai yang menggemari jenaka-jenaka yang dikemukan Ryan. Lawak bersahajanya mampu membawa penonton mengimbau ke zaman kanak-kanak!
Content creator yang terkenal di TikTok ini juga sering menggunakan loghat Perak dalam setiap video yang dimuat naiknya. Selain mewatakkan remaja sekolah dan anak kecil, bedak turut digunakan sebagai alat pembantu dalam menghasilkan karyanya yang tersendiri.
Namun sudah menjadi lumrah kehidupan, semakin ramai orang suka, semakin ramai juga ‘haters‘ yang cuba menjatuhkan semangat. Seperti yang berlaku baru-baru ini, Ryan diperli oleh sebuah media akhbar terkenal.
Media tersebut tampil dengan komik ringkas yang mengemukakan isu cara ingin terkenal dulu-dulu berbanding zaman sekarang. Walaupun tidak menyebut nama lelaki itu tetapi orang ramai tahu komik itu dituju kepada Ryan dengan lukisan sebotol bedak dan anak patung di situ.
Komik itu menerima pelbagai kritikan daripada netizen lebih-lebih lagi peminat Ryan. Rata-ratanya mempertahankan Ryan kerana menurut mereka lawak-lawak Ryan segar dan kreatif, malah tidak pernah melukakan hati sesiapa.
Namun, dalam pada segelintir yang berasa media akhbar itu dengki dengan kejayaan Ryan, ada juga yang memandang komik itu sebagai gurauan dan meminta agar orang ramai tidak terlalu serius mengenainya.
Selain itu, netizen juga berharap agar pihak akhbar itu move on dari zaman dahulu seperti yang dikatakan di dalam komik. Kata netizen, zaman sudah berubah, cara untuk menjadi terkenal juga sudah berbeza.
Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di Twitter
Takde siapa ada masalab dgn ryanbakery kecuali kosmo who hurt u pic.twitter.com/V6HIRD1sE5
— siti skindutti (@ctnajihahzamani) August 25, 2022
bitter everywhere https://t.co/MEIM549P0b
— FatinN (@FatinN4z) August 26, 2022
zaman dah berubah, makin banyak platform untuk orang tonjolkan bakat and buat content. benda ni sama je concept macam “zaman aku dulu” orang dah patut move on daripada asyik nak sama je dengan zaman dulu bla bla boring nyah https://t.co/eP1XcdE4EI
— ˚✧༚ (@ainurssi) August 27, 2022
Banyak lagi yg kau boleh buat contoh tapi ryanbakery jugak kau pilih https://t.co/mwZCARpFLH
— Bellaa (@seketulnabilah) August 27, 2022
yes things change the only thing remains is Kosmo being a flop https://t.co/9VDC5rU5Re
— _TodayisWendy_ (@reveluv_zen) August 25, 2022
It depends on how you look at the photo actually. Kalau you tengok cara terbuka you nampaklah yang Kosmo cuma nak bagitahu cara cara nak jadi popular, tak nampak pun part kosmo ada masalah dengan ryan https://t.co/RbS0qbKTIO
— Wan Afiq (@wanmafiq) August 27, 2022
I don’t see a problem there, just a joke https://t.co/Ewx8CqvDoI
— ehsan othman (@snoitanashe) August 25, 2022
Hantaran yang tular di laman Facebook dan Twitter
Senang popular zaman sekarang.#maro #kartunkosmo pic.twitter.com/AE3FUNeWM1
— Kosmo! Online (@kosmo_online) August 24, 2022
The post Diperli Dalam Komik, Peminat Tampil Mempertahankan Ryan Bakery appeared first on YOY Network.
from YOY Network https://ift.tt/Czg9o5H
via IFTTT
0 Response to "Diperli Dalam Komik, Peminat Tampil Mempertahankan Ryan Bakery"
Post a Comment