Terkadang kalau kita rasa diri kita dah susah, perlu kita ingat di luar sana lebih ramai orang yang susah namun tidak pernah merungut dengan kehidupan mereka.
Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang murid darjah 1 yang baru sahaja kehilangan ibu tinggal berseorangan di rumah flat mencuri perhatian ramai.
Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh @reezmell yang juga seorang guru, dia dan beberapa guru yang lain bertindak menziarahi anak muridnya yang bernama Aqila.
Difahamkan, ibu Aqila baru sahaja menghembuskan nafasnya yang terakhir gara-gara kanser lidah dan sebelum ini mereka berdua tinggal di rumah flat sehingga Allahyarham meninggal dunia.
Dapat kita lihat, kondisi kawasan rumah mereka yang rata-rata dipenuhi dengan sampah sarap yang berselerakkan di lantai bangunan.
Bukan itu sahaja, keadaan di dalam rumah pelajar ini juga cukup daif memandangkan pelajar ini tergolong dalam golongan yang tidak berkemampuan.
Pun begitu, usaha guru-guru ini untuk bertemu anak didiknya itu tidak kesampaian kerana dikatakan aqila kini tinggal bersama ibu saudaranya buat sementara.
“Macam mana anak murid ni duduk rumah macam ni.. kami datang melawat bila tahu dia baru kematian ibunya.. tapi dia tak ada di rumah. Duduk di rumah mak sedaranya kejap.. semangat untuk belajar.. cikgu-cikgu kagumi.. Qila teacher harap awak kuat dan berjaya satu hari nanti.. jagakan mereka Ya Allah”
Sekadar menambah info, Aqila juga mempunyai 5 orang adik beradik serta pihak Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) sekolah telahpun membuat kutipan sumbangan untuknya. Mereka juga adalah penerima zakat dan menerima RM500 setiap bulan.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen sebak melihat ujian yang menimpa aqila dan adik beradiknya yang lain.
Dalam masa yang sama, netizen juga berharap agar aqila lebih kuat dan cekal menghadapi dugaaan dan menjadi anak yang berjaya satu hari nanti.
Berikut merupakan komen warga maya:
“adik beajar rajin2 ubah nasib keluarga”
“semoga semua urusan dipermudahkan”
“mulianya hari cikgu2..harap semogaadik itu tabah menjalani kehidupan yang mendatang..”
“Ya Allah kotornya tempat tu.. environment tak sihat.. murahkan rezeki anak ni..”
“terima kasih cikgu.. cakna tentang anak murid..”
Video yang tular:
@reezmell Aqila murid yg sgt kuat walau baru darjah 1..ibunya meninggal kanser lidah.. doakan dia kuat ye sahabat TT #anakkuat #ketabahanseoranganak #tiktok #fyp #berandatiktok #masukberandafyp #tiktokmalaysia ♬ bunyi asal – Pijah Mohamad – Finaz
The post Baru Kehilangan Ibu, Guru Sebak Lihat Mruid Darjah 1 Tinggal Di Flat Penuh Sampah Buat Ramai Sebak appeared first on YOY Network.
from YOY Network https://ift.tt/68zijpP
via IFTTT
0 Response to "Baru Kehilangan Ibu, Guru Sebak Lihat Mruid Darjah 1 Tinggal Di Flat Penuh Sampah Buat Ramai Sebak"
Post a Comment