Nama Duriankimchi sekali lagi terpalit dengan kontroversi apabila personaliti media sosial itu dilihat tidak sensitif dan mempersendakan busana tradisi kaum Iban, Sarawak.
Beliau yang belum pun reda dengan isu parking di mahkamah sebelum ini, telah membuat ramai orang terguris dengan lawak yang tidak sensitif itu telah mengundang kecaman netizen.
Ramai terguris dengan tindakan Ryzal
Video yang dimuat baik oleh Ryzal telah tular dan turut mendapat perhatian ramai termasuk rakan-rakan artis yang turut terkejut dengan tindakan personaliti media itu.
Selepas tular isu berkenaa, Ryzal dilihat telah membuat satu permohonan maaf secara terbuka mengenai isu berkenaan.
Peguam ini membahas kedua-dua kes Ryzal
Namun begitu, permohonan maaf tersebut tidak menghalang seorang peguam yang dikenali sebagai Alan Razak tampil untuk mambahas semua kedua-dua isu ini.
Sebagai seorang peguam, menerusi IG Story hari ini, Alan memperjelas sebab kenapa parking di perkarangan mahkamah itu sangat penting buat para peguam memandangkan di mata Ryzal “hanya isu parking”.
Di mata Ryzal ini hanya isu parking
Menurut Alan, perkara ini bukanlah perkara remeh, katanya ramai peguam yang mengandung kena berjalan masuk mahkamah sambail mengusung barang-barang mereka.
Jelasnya lagi, pernah juga ada kes Peguam Pelatih dicuri kereta apabila parking di tempat lain.
Pelbagai risiko akan berlaku selepas kes
Malah, Alan sendiri kongiskan pengalaman bahawa keretanya pernah diconteng dengan perkataan “b*bi” di kawasan mahkamah.
Itu juga tidak termasuk perempuan kena kacau masa nak jalan ke tempat parking tepi-tepi jalan mana ntah lepas habis kes.
Selain itu, Alan juga menjelaskan situasi yang lebih spesifik yang membabitkan Neelofa parking kereta di Mahkamah Seremban.
Kami faham dah sebab kerja, kami harung jela
Katanya, Komplek Mahkamah itu terletak betul-betul di tepi jalan, jadi peguam harus parking di seberang jalan.
“Dengan nak angkut barang-barang tadi dengan tak ada jejantasnya. Tapi kami faham dah macam tu dan sebab kerja, kami harung jela.”
Kami minta layanan yang sama adil
“Tapi bila ada kes selebriti lain, pula treatmentnya. Kami tak minta peguam diagungkan, tak. Kami minta layanan yang sama adil.”
Sementara itu, Alan juga ada membahaskan isu mengenai pakaian tradisi yang mengundang kemarahan orang ramai untuk terbaru ini.
Mana-mana pakaian tradisi kaum orang akan marah
Alan yang mempunyai keluarga angkat orang Sarawak dan dikelilingi dengan orang Sarawak, Alan pastinya turut terkesan dengan ‘lawak’ yang dibuat oleh Ryzal.
“Sedap-sedap cakap macam kain buruk lah, alas meja la bagai. Jangan kata pakaian Sarawak, mana-mana pakaian tradisi kaum apa pun diaorang akan marah dik.”
Semoga kisah ini menjadi contoh dan pengajaran buat kita semua. Rakyat sering diingatkan untuk saling hormat-menghormati antara satu sama lain.
The post “Kami ni pergi court bukan berjoget macam kau kat Tiktok” Peguam ‘Sekolahkan’ Ryzal Duriankimchi appeared first on YOY Network.
from YOY Network https://ift.tt/34kMdM4
via IFTTT
0 Response to "“Kami ni pergi court bukan berjoget macam kau kat Tiktok” Peguam ‘Sekolahkan’ Ryzal Duriankimchi"
Post a Comment