“Tak lepas peluang pegang tangan” Janji Jaga Anak Bersama, Pasangan Yang Kelihatan Mesra Ini Rupanya Sedang Dalam Proses Bercerai Buat Ramai Sebak.

Penceraian merupakan sesuatu yang tidak disukai oleh agama Islam tetapi dibolehkan dengan alasan dan sebab-sebab tertentu.

Tiada siapa pun yang mendirikan rumah tangga ingin gagal dalam perhubungan takan tetapi siapa lah kita yang ingin menolak takdir Allah kerana sesungguhnya dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita.

Dalam masa yang sama, perpisahan juga bukan bermaksud kita terlepas daripada tanggungjawab apatah lagi jika mempunyai cahaya mata, pastinya kita mahukan yang terbaik buat darah daging kita.

Sering kita lihat jika berlakunya penceraian, ada yang sehingga membuka aib masing-masing, berlaku pergaduhan, berebut hak penjagaan, saling salah menyalahkan namun lain pula ceritanya dengan kisah kali ini dimana mereka bercerai dengan cara baik mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @ennajasz, kelihatan mereka sangat mesra seolah-olah ianya bukanlah hari penceraian mereka.

Dapat kita lihat lelaki tersebut tidak melepaskan tangan wanita itu dan selalu memimpinnya ketika berjalan dan menunggu giliran.

“Akhirnya kita sampai sini.. berat betul kaki nak melangkah masuk.. Sepanjang tunggu process and turn kita.. sikit pun dia tak lepaskan peluang pegang tangan dan bergurau.. kalah orang baru nikah.. sampai acik sebelah pun jeles tengok.. usha panas je acik tu..”

“We’re promised.. Apa pun jadi antara kita, adik tetap paling utama.. kita takkan biar dia rasa kurang atau kehilangan… kita bukan yang terbaik tapi kita akan buat yang terbaik untuk adik.. Sama2 sampai bila2.. Thankyou selama 8 tahun 11 bulan kita bersama.. Janji untuk jadi yang terbaik for future..” katanya

Video yang tular di laman TikTok:

@ennajasz 02032022 Allah has a better plan for us…Moving forward and move on for our future ok…☺ #alhamdulillahforeverything #fyp #esekeli ♬ Perpisahan Termanis – Lovarian

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 423.1K tontonan, 11.5K tanda suka, 297 komen dan 286 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen sedih melihat mereka yang berpisah dan mengakui bahawa sayang tidak semestinya memiliki.

Dalam masa yang sama, para netizen juga bangga dengan sikap matang yang ditunjukkan oleh kedua-dua pihak dna menganggap mungkin mereka berdua ada alasan yang sangat kukuh untuk melakukan penceraian.

Antara komen warga maya:

The post “Tak lepas peluang pegang tangan” Janji Jaga Anak Bersama, Pasangan Yang Kelihatan Mesra Ini Rupanya Sedang Dalam Proses Bercerai Buat Ramai Sebak. appeared first on YOY Network.



from YOY Network https://ift.tt/7UEOqnt
via IFTTT
loading...

0 Response to "“Tak lepas peluang pegang tangan” Janji Jaga Anak Bersama, Pasangan Yang Kelihatan Mesra Ini Rupanya Sedang Dalam Proses Bercerai Buat Ramai Sebak."

Post a Comment