Lelaki Sorok Lauk Bawah Nasi Undang Kecaman Netizen, Katanya Sekadar Lakonan

Kedai masakan campur menjadi pilihan orang ramai kerana ianya murah dan terdapat pelbagai aneka pilihan makanan. Sistem yang diamalkan oleh kedai masakan campur adalah pengunjung akan mengambil makanan sendiri dan memberitahu lauk apa yang diambil untuk dikira oleh peniaga kedai.

Baru-baru ini, tular video seorang pengguna TikTok @mizanejan_, memuat naik video yang memaparkan dirinya di restoran mamak mengambil makanan berlauk.

Menerusi video yang dimuat naik itu, kelihatan dirinya ‘menyorokkan’ lauk yang diambilnya dibawah timbunan nasi dan mengatakan dia hanya mengambil nasi bersama kuah sahaja.

 

@mizanejan_Tag kawan korang yg mcm ni 😩♬ original sound – mizanejan

 

 

Walaupun video itu hanyalah lakonan semata-mata namun video tersebut menarik perhatian orang ramai.

Bahkan, kebanyakkan netizen mengecam tindakan lelaki tersebut yang tidak berlaku jujur dalam melakukan hal tersebut dan boleh mempengaruhkan orang lain untuk berbuat sedemikian.

Tambahan juga, para netizen turut menganggap perkara itu tidak seharusnya terjadi kerana ianya dianggap mencuri. Justeru itu, rata-rata netizen mengatakan bahawa lelaki itu tidak sensitif akan status makanan yang diambil kerana ianya boleh disifatkan sebagai haram kerana makanan tersebut masuk dalam darah daging kita.

 

“Tak pernah, benda nak jadi darah daging kita jangan buat main..”

“Tak pernah buat pun.. Allah nampak apa yang kita lakukan..”

Oleh itu, ada juga netizen mencadangkan agar lelaki itu kembali ke restoran tersebut dan membayar makanan yang diambil.

Video tersebut telah meraih hampir 2 juta tontonan dan mendapat lebih 90 ribu tanda suka.

Sumber: TikTok @mizanejan_

 

The post Lelaki Sorok Lauk Bawah Nasi Undang Kecaman Netizen, Katanya Sekadar Lakonan appeared first on YOY Network.



from YOY Network https://ift.tt/iSI0PZH
via IFTTT
loading...

0 Response to "Lelaki Sorok Lauk Bawah Nasi Undang Kecaman Netizen, Katanya Sekadar Lakonan"

Post a Comment