[VIDEO] Neelofa Sah Nikah PU Riz Pagi Ini

Desas-desus mengenai perkahwinan selebriti popular, Neelofa, 32, dan pendakwah bebas, Haris Ismail atau PU Riz, 26, akhirnya terjawab apabila pasangan kontroversi itu akan disatukan dalam ikatan suami isteri, pagi ini.

Majlis akad nikah Neelofa dan PU Riz dijangka berlangsung di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur pada jam 10 pagi.

Majlis hanya dihadiri ahli keluarga dan rakan baik

Meskipun Neelofa, mahupun PU Riz masih belum membuka mulut mengenai perkahwinan, namun sumber terdekat mengesahkan pasangan itu akan bernikah dalam satu majlis tertutup, pagi ini.

Menuru sumber memberitahu, majlis pernikahan Neelofa dan PU Riz hanya dihadiri sekitar 200 tetamu terdiri daripada ahli keluarga kedua-dua pihak dan rakan baik.

Mereka diijabkabulkan dalam satu majlis tertutup pagi ini

“Ya, Neelofa dan PU Riz akan diijabkabulkan dalam satu majlis tertutup pagi ini. Bagaimanapun, ia dihadiri ahli keluarga dan teman rapat sahaja kerana mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan,” kata sumber.

Memetik laporan BH Online menerusi akaun Instagram (IG), @lofapage, sebuah video istimewa Neelofa bercerita mengenai lelaki idamannya dimuat naik, semalam.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ‎نور نيلوفا (@lofa.page)

Saya banyak berdoa soal jodoh

Meskipun tidak menyebut nama PU Riz, namun video yang memaparkan gelagat Neelofa disisi bekas peserta program Pencetus Ummah itu dipercayai dituju kepada bakal suaminya itu.

“Saya banyak berdoa soal jodoh. Ada satu masa, saya menulis doa saya.”

Saya mahu lelaki yang berikan kebaikan dan bimbing orang sekeliling

“Saya bukan hanya mahu lelaki yang boleh membahagiakan saya tetapi memberikakan kebaikan dan membimbing orang sekeliling. Itu sudah cukup membuatkan saya gembira.”

“Saya ada banyak mata yang memandang. Ramai menjadikan saya sebagai ikon. Hinggakan siapa pasangan hidup saya akan memberi impak sangat besar kepada orang ramai,” katanya.

Saya mahukan lelaki berilmu, beramal dan bijak

Menurut bekas pengacara MeleTOP itu berkata, setiap wanita mengimpikan lelaki beriman, begitu juga dirinya.

“Selain beriman, saya mahukan lelaki berilmu, beramal, bijak, rajin dan bertanggungjawab. Itu antara ciri-ciri penting yang perlu ada untuk mencari calon suami.”

Berkahwinlah dengan orang yang punyai ilmu agama

“Apabila bersama lelaki beriman dan bertanggungjawab, saya rasa banyak perkara boleh diselesaikan dengan baik.”

“Sebab itulah, saya sangat tekankan berkahwin dengan orang yang mempunyai ilmu agama,” katanya.

Video PU Riz membelek sampin songket curi perhatian

Sebelum ini kisah mengenai perkahwinan Neelofa dan PU Riz mencuri perhatian sebuah entri video menerusi akaun sama memaparkan PU Riz di sebuah kedai sambil membelek sampin songket, bagaimanapun dipadam selepas beberapa jam dimuat naik.

Malah, video itu menyusul selepas kelihatan Neelofa di sebuah butik baju dimuat naik dalam akaun sama.

Inai di jari petunjuk teka-teki tarikh mereka disatukan

Selain itu, inai dijari menjadi petunjuk baharu mengenai teka-teki tarikh Neelofa dan PU Riz. Gambaran jelas dilihat dalam satu perkongsian menerusi IG Story Neelofa ketika mempromosikan satu produk makanan.

Menguatkan dakwaan apabila beberapa gambar rakan baik sedang bersiap dalam bilik Neelofa dengan memakai persalinan sedondon berwarna merah.

Majlis berinai tertutup di kediaman Neelofa

Berdasarkan komen, ia adalah majlis berinai yang diadakan secara tertutup di kediaman Neelofa pada Rabu lalu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut tidak sabar menunggu pasangan ini disatukan dan menitipkan doa agar urusan mereka dipermudahkan.

“Lintas langsung Majlis akad nikah Neelofa & Haris harini di Grand Hyatt Kuala Lumpur…”

The post [VIDEO] Neelofa Sah Nikah PU Riz Pagi Ini appeared first on YOY Network.



from YOY Network https://ift.tt/3srF4nv
via IFTTT
loading...

0 Response to "[VIDEO] Neelofa Sah Nikah PU Riz Pagi Ini"

Post a Comment