Semalam tular di media sosial satu klip video yang menunjukkan selebriti Baby Shima membuat aksi yang didakwa mempersendakan orang kelainan upaya ataupun OKU.
Terbaru, Baby Shima membuat permohonan maaf di laman Instagram atas kesilapannya meniru pergerakan tokoh Orang Kelainan Upaya (OKU) iaitu Zhariff Affandi menerusi satu hantaran video di aplikasi TikTok.
Menurut Shima, dia sudah memadam video berkenaan dan menjelaskan ia dilakukan tanpa sengaja tanpa menyedari Zhariff seorang OKU.
Tindakan Shima itu juga mengundang kemarahan netizen apabila mereka mendakwa Shima memperlekehkan individu sedemikian.
“Abang, pertama sekali saya nak minta maaf dekat abang sebab abang mesti dah tengok video yang viral tu kan. Shima tak ada niat langsung dan tak perasan keadaan abang macam tu.
“Shima hanya nak buat TikTok , tapi tak perasan pula keadaan abang. Lepas 30 minit saya muat naik, saya terbaca satu komen di mana abang merupakan orang kelainan upaya. Shima terus padam.
“Namun, lepas beberapa hari ada orang muat naik balik video tersebut. Shima memang tak ada niat nak hina orang macam tu.
“Demi Allah, saya tak tahu pun dia adalah OKU. Saya hanya fokus kepada kakinya sahaja dan terus buat video seperti itu. Saya nampak video itu dari TikTok.
“Saya memang tak perasan langsung keadaan dirinya begitu sebab terlalu perhatikan kakinya.”
Menurut Shima lagi, dia ingin memohon maaf kepada Zhariff dan semua pihak yang terguris hati.
Jelasnya, dia tidak mempunyai niat untuk menghina individu OKU bahkan mencalarkan reputasi diri sendiri.
View this post on Instagram
Menerusi laporan Harian Metro, Shima memberitahu dia sudah berbincang dengan peguamnya dan membuat keputusan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menyebarkan video tersebut tanpa mengetahui perkara sebenar.
“Apa niatnya nak kongsi video itu tanpa mengetahui perkara sebenar? Pihak yang sebarkan video itu sudah memfitnah dan merosakkan nama serta imej saya.
“Jadi, saya sudah berbincang dengan peguam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu atau pihak yang menyebarkan fitnah sehingga merosakkan nama saya.”
Terdahulu, Shima melakonkan semula aksi Zhariff yang dilahirkan tanpa kedua-dua belah tangan dan menggunakan anggota kaki untuk melakukan tugas harian dalam satu sesi temubual untuk program TV.
The post Baby Shima Menangis Mohon Maaf Isu ‘Persenda OKU’, Mahu Ambil Tindakan Penyebar Video appeared first on YOY Network.
from YOY Network https://ift.tt/3futoNd
via IFTTT
0 Response to "Baby Shima Menangis Mohon Maaf Isu ‘Persenda OKU’, Mahu Ambil Tindakan Penyebar Video"
Post a Comment