[VIDEO] “Bukan sengaja biarkan..” Mak Lari Rumah Siap Bawa Beg, Anak Cuba Pujuk Ajak Balik

Ibu bapa mampu menjaga 10 orang anak akan tetapi seorang anak belum tentu mampu menjaga seorang ibu atau bapa.

Begitulah perumpamaan yang sering digunakan bagi menggambarkan bagaimana ketabahan ibu bapa dalam memastikan anak-anak mendapat yang terbaik dari mereka.

Semakin meningkat usia mereka mudah terasa hati dan sensitif

Menjaga orang tua perlu banyak bersabar. Ini kerana apabila meningkat usia golongan ini biasanya sangat mudah terasa hati dan sensitif.

Justeru itu dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang anak kita harus sentiasa memantau dan menjaga hati ibu bapa dengan baik.

Namun begitu, kadang-kala sebagai seorang anak kita terlepas pandang hingga menyebabkan orang tua berkecil hati.

Ibunya lari dari rumah sambil menjijit sebuah bakul berisi pakaian

Seperti kisah yang dikongsikan oleh seorang pengguna yang bernama Amurosidah Abdullah menerusi aplikasi TikTok yang berkongsi cerita mengenai ibunya.

Menerusi video tersebut jelas kelihatan seorang wanita sedang berjalan kaki sambil menjinjit sebuah bakul yang diisi dengan pakaian.

Bimbang keselamatan ibu anak ekori ibu berjalan dari belakang

Menurut Amurosidah wanita tersebut adalah ibunya yang kurang sihat sedang melarikan diri dari rumah mereka.

Anaknya yang berasa bimbang dengan keselamatan ibunya bertindak mengekori perjalanan ibunya dari belakang dengan menaiki kereta.

Kejadian sebegini sering berlaku sejak kecil lagi

Jelas Amurosidah lagi, kejadian seperti itu akan berlaku jika si ibu yang juga seorang Orang Kurang Upaya (OKU) pendengaran mula memberontak.

Malah menurutnya lagi, ini bukanlah kali pertama kejadian seumpama itu berlaku kerana ibunya sering berbuat demikian sejak kecil lagi.

Walaubagaimanapun, ibunya berjaya dipujuk dengan bantuan dari orang yang awam disitu dan telah dibawa pulang.

Netizen doakan agar keluarga tabah dan sabar

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata mendoakan agar keluarganya tabah dan sabar dengan ujian yang dilalui mereka.

@cda87pada yang ada family istimewa ini akan merasa dan tahu ragamnya..selagi cda bernyawa cda akan tetap sabar untuk jaga mak sampai akhir hayat…♬ original sound – Amurosidah Abdullah

Selain itu, netizen juga turut berkongsi pelbagai pengalaman mereka berdepan situasi yang lebih kurang sama dengan wanita ini.

The post [VIDEO] “Bukan sengaja biarkan..” Mak Lari Rumah Siap Bawa Beg, Anak Cuba Pujuk Ajak Balik appeared first on YOY Network.



from YOY Network https://ift.tt/3dh2x4K
via IFTTT
loading...

0 Response to "[VIDEO] “Bukan sengaja biarkan..” Mak Lari Rumah Siap Bawa Beg, Anak Cuba Pujuk Ajak Balik"

Post a Comment