[FOTO] Tular di Media Sosial, Ada Netizen Dakwa Neelofa & Suami di Langkawi?

Majlis pernikahan usahawan Neelofa, 32, dan juga pendakwah bebas, Haris Ismail, 26, atau PU Riz masih trending di laman sosial sehingga hari ini.

Neelofa dan Haris dinikahkan oleh adik lelaki Neelofa, Mohd Aqief Mohd Noor pada jam 11.43 pagi sabtu lalu.

Sekitar hari ini, gambar pernikahan pasangan pilihan ramai ini masih meniti dibibir netizen dan berlegar di ruang media sosial masing-masing.

Tular gambar Neelofa dan PU Haris di Langkawi

Apa yang mengejutkan, pada hari ini telah tular pula sekeping gambar di laman Twitter mendakwa Neelofa selamat tiba di Langkawi.

Dakwaan tersebut diperkatakan setelah tiga hari selepas selebriti popular itu mendirikan rumah tangga.

Menerusi laman Twitter, pengguna @arxxxxmand memuat naik tangkapan skrin sebuah posting dari laman Facebook memaparkan seorang wanita berpakaian serba hitam bersama seorang lelaki berkemeja putih serta kopiah.

Selain itu, tangkapan skrin yang menulis ‘Selamat datang ke Langkawi Neelofa’ itu sekali gus mengundang netizen bagi membuat andaian dan spekulasi terhadap selebriti berusia 32 tahun itu.

Betul ke pasangan ini bermula madu di langkawi

Menerusi pemerhatian di laman Facebook pula, seorang pengguna bernama PakYuss MoSalah berkongsi dua keping gambar dipercayai bersama Neelofa dan suaminya Haris Ismail.

Malah pengguna Facebook tersebut turut meletakkan ‘tag’ lokasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi pada gambar yang dikongsikan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tertanya adakah dakwaan tersebut benar dan menanti penjelasan pasangan ini.

Terdahulu, majlis pernikahan Neelofa dan Haris dikatakan telah melanggar SOP perkahwinan seperti mana disarankan pihak kerajaan sebelum ini.

Rentetan daripada dakwaan tidak patuh prosedur operasi standard (SOP) oleh netizen, majlis perkahwinan selebriti terkenal Noor Neelofa Mohd Noor dan Pencetus Ummah (PU) Riz disiasat pihak polis.

Menurut Mohamad Zainal, siasatan awal mendapati majlis yang diadakan itu gagal mematuhi SOP yang ditetapkan selain tiada penjarakan fizikal.

“Susulan itu kita akan memanggil penganjur bagi membantu siasatan,” katanya.

Neelofa selamat diijabkabulkan dengan Riz atau nama sebenar, Haris Ismail di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur pada Sabtu.

Ia seterusnya menjadi bualan ramai di media sosial apabila ada yang mempersoalkan tindakan pihak berkuasa mengenakan kompaun kepada beberapa pasangan sebelum ini kerana gagal patuh SOP.

Dalam majlis bertemakan serba putih, bekas pengacara MeleTOP itu dinikahkan oleh adik kandungnya, Mohamed Aqief Mohd Noor berwakil walikan bapanya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dijemput membacakan khutbah nikah dan tazkirah ringkas.

Majlis itu turut dimeriahkan dengan kehadiran beberapa selebriti tanah air seperti Scha Alyahya, Awal Ashaari, Izara Aishah, Kilafairy serta Hannah Delisha dan suami, Imam Shah.

 

The post [FOTO] Tular di Media Sosial, Ada Netizen Dakwa Neelofa & Suami di Langkawi? appeared first on YOY Network.



from YOY Network https://ift.tt/3tXBdyW
via IFTTT
loading...

0 Response to "[FOTO] Tular di Media Sosial, Ada Netizen Dakwa Neelofa & Suami di Langkawi?"

Post a Comment