Pasangan selebriti popular, Neelofa, 32, dan pendakwah bebas, Haris Ismail atau PU Riz, 26, heboh diperkatakan dalam laman sembang akan mendirikan rumah tangga, hujung minggu ini.
Antara tarikh hangat diperdebatkan dalam laman sosial antara esok, lusa dan Sabtu ini. Bagaimanapun, sehingga kini, tiada bukti kukuh berhubung tarikh yang didakwa.
Lebih mencuri perhatian sebuah entri video menerusi akaun Instagram @lofa.page memaparkan PU Riz di sebuah kedai sambil membelek sampin songket, bagaimanapun dipadam selepas beberapa jam dimuat naik, semalam.
Video itu menyusul selepas kelihatan Neelofa di sebuah butik baju dimuat naik dalam akaun sama.
Menerusi tinjauan, tanda pagar #NLFH juga sudah mula aktif digunakan oleh peminat pasangan ini. Rata-rata mendoakan kebahagiaan Neelofa dan PU Riz yang bakal melangkah ke fasa baharu dalam hidup mereka.
Namun, usaha media bagi mendapatkan kesahihan berita itu belum berjaya apabila masing-masing tidak memberikan jawapan.
Malah, sebuah majlis bersama Neelofa dan Nilofa sempena Ramadan yang dijadualkan pagi tadi juga ditunda pada saat akhir.
Terbaru, sekali lagi Instagram Stories, Noor Kartini undang perhatian ramai apabila dilihat seperti sedang memasak untuk satu majlis. Mungkinkah majlis nikah Neelofa?
Bukan itu sahaja, jari Neelofa turut kelihatan sudah merah berinai. Perkara tersebut dapat dilihat secara jelas dalam satu perkongsian Instagram Story miliknya yang sedang mempromosikan satu produk jenamanya.
Walaupun sebelum ini Neelofa memang seorang yang suka memakai inai, namun kali ini agak berbeza apabila inai pada jari tangan kirinya persis raja sehari memandangkan ianya diwarnakan penuh.
“Hari ini pajeri nenas lagi. Kalau ada pajeri nenas, maknanya kita ada masak istimewa.”
Menurut Noor Kartini, kebiasaannya masakan pajeri nenas merupakan masakan istimewa di rumahnya.
Dalam video tersebut jelas dia sedang bercakap bersama pembantu rumahnya yang turut sama membuat persiapan masakan tersebut.
Malah ibu kepada Neelofa itu turut menyuruh pembantu rumah itu mengambil periuk-periuk seperti seolah-olah memberi gambaran ada majlis pada malam ini.
Sehingga kini, Neelofa mahupun tunangnya, Haris Ismail serta ahli keluarga kedua-dua belah pihak masih mengunci mulut tentang perkara tersebut.
Terdahulu, kisah hubungan cinta antara Neelofa dan PU Riz mendapat perhatian ramai apabila Neelofa dikatakan tidak lagi memakai cincin merisik pemberian keluarga.
Walau bagaimanapun, awal tahun ini, Neelofa dilihat memakai semula cincin di jari manisnya, sekali gus membuktikan hubungan cinta masih berada dalam keadaan baik.
The post [VIDEO] Inai di Jari & Ibu Sibuk Masak Kenduri, Neelofa Sah Nikah PU Riz Esok? appeared first on YOY Network.
from YOY Network https://ift.tt/3rkiBrh
via IFTTT
0 Response to "[VIDEO] Inai di Jari & Ibu Sibuk Masak Kenduri, Neelofa Sah Nikah PU Riz Esok?"
Post a Comment