Netizen Dedah Rupanya PA Neelofa & PA Chatime Adik-Beradik?

Pembekal makanan dan minuman Chatime Malaysia Sdn Bhd mengesahkan pengacara dan usahawan, Neelofa serta suami, Haris Ismail atau PU Riz berada di Langkawi atas urusan kerja.

Pengarah Urusan Kumpulan, Aliza Ali, berkata Neelofa dan suami sedang melakukan lawatan kerja ke tiga lokasi di zon utara iaitu Sungai Petani dan Langkawi, Kedah dan Kangar, Perlis bagi tujuan pembukaan cawangan baharu.

Kenyataan Chatime Malaysia mengenai kebenaran merentas negeri diperoleh Neelofa dan suami yang sedang dalam rangka lawatan di Kedah dan Perlis bagi tujuan pembukaan cawangan baharu jenama makanan dan minuman itu. Foto IG Chatime Malaysia.

“Lawatan ini juga membabitkan beberapa kakitangan dan bahagian operasi serta pengurusan Chatime Malaysia,” katanya dalam kenyataan di sini, malam tadi.

Aliza berkata, kebenaran merentas negeri ke Langkawi diperoleh dari balai polis mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

“Diharapkan kenyataan ini dapat memberi pencerahan kepada segala kesulitan,” katanya yang turut berkongsi penjelasan itu di Instagram (IG) Chatime Malaysia.

Terbaru, disebabkan tak berpuas hati dengan alasan yang diberi, netizen tak henti untuk korek segala info.

Menerusi akaun Twitter @LagaCawan, terdapat satu perkongsian bertulis ramai yang dah tahu bahawa Neelofa pergi ke Langkawi menggunakan surat kebenaran Chatime. Tapi, korang tahu tak yang PA Chatime dan PA Neelofa adalah adik-beradik?

Malihah Khairuddin merupakan PA kepada Chatime Malaysia dan Nadiah Khairuddin pula merupakan PA kepada Neelofa.

Sebelum ni Chatime ada keluarkan kenyataan bahawa Neelofa rentas negeri atas pembukaan cawangan baru di 3 lokasi iaitu Sungai Petani, Kangar dan juga Langkawi.

Sementara itu, BH Online melaporkan polis Daerah Brickfields mengesahkan memberi kebenaran kepada selebriti Neelofa dan tiga yang lain untuk bergerak ke Pulau Langkawi atas urusan kerja dan bukan untuk berbulan madu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintendan Basri Sagoni, berkata mengikut permohonan itu, mereka dibenar bergerak ke lokasi tujuan bermula 27 Mac hingga 4 April ini.

Menurutnya, berdasarkan permohonan wakil sebuah syarikat produk minuman di Balai Polis Sri Hartamas di Kuala Lumpur, tujuan utama Neelofa dan wakil syarikat terbabit bersama dua yang lain adalah atas urusan kerja bersama pihak Chatime Malaysia.

“Hasil semakan pada borang Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang ditandatangani oleh Ketua Polis Balai, Balai Polis Sri Hartamas, sebab pergerakan keluar empat individu ini adalah untuk urusan kerja.

“Syarikat terbabit turut mengeluarkan surat memaklumkan nama Neelofa dan tiga yang lain berserta nombor kad pengenalan sebagai mewakili mereka untuk melawat kawasan Chatime yang akan dibuka,” katanya.

Justeru, katanya, ditegaskan kebenaran permohonan yang dikeluarkan oleh Balai Polis Sri Hartamas adalah atas urusan kerja dan bukan untuk tujuan berbulan madu.

Menurutnya, sekiranya terbukti kehadiran Neelofa ke Langkawi untuk tujuan berbulan madu, pihak polis di sana boleh mengambil tindakan kerana melanggar SOP ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

The post Netizen Dedah Rupanya PA Neelofa & PA Chatime Adik-Beradik? appeared first on YOY Network.



from YOY Network https://ift.tt/3cA37er
via IFTTT
loading...

0 Response to "Netizen Dedah Rupanya PA Neelofa & PA Chatime Adik-Beradik?"

Post a Comment