Azhar Osman Dilihat Semakin Kurus & Cengkung, Rupanya Ada Gangguan Penyakit..

Bekas penyanyi duo Azhael, Azhar Osman dilihat semakin kurus dan cengkung dalam foto terbaharunya yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.

Menerusi kemas kini di laman sosial tersebut, Azhar memuat naik wajah dan tubuhnya dari bahagian sisi tanpa memandang kamera.

Foto tersebut telah mendapat perhatian pengikut serta peminatnya yang rata-rata bimbang melihat tubuhnya yang susut.

“Nape adik makin kurus?” tanya salah seorang pengikutnya.

“Azhar apa khabar? Sihat ke?” tanya lagi salah seorang warga maya.

“Semoga Allah sentiasa memberikan kesihatan kepadamu dan selalu memeliharamu di setiap langkah mu,” doa salah seorang netizen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mohd Azhar bin Osman (@azharosmaan)

Azhar yang tidak menulis sebarang kapsyen itu bagaimana pun membalas pertanyaan ramai dengan memberitahu dia baru sahaja baik dari sakit gerd atau reflux.

“Baru baik dari penyakit gerd atau reflux,” jawabnya ringkas.

Sekadar info, Gerd adalah gangguan penyakit pencernaan kronik yang berlaku apabila asid dalam perut atau ada kala kandungan perut mengalir semula ke dalam saluran esofagus (laluan antara mulut dan perut).

Mengenai Azhar, dia kini bergerak solo sejak Hael mengundurkan diri pada tahun 2017.

Terdahulu Azhar ada menjelaskan tentang permasalahan itu kemungkinan daripada tabiat gemar pemakanan pedas yang diamalkannya.

“Sepanjang tahun berlawan dengan penyakit GERD bukanlah sesuatu yang mudah, namun keadaan saya semakin baik dan masih lagi proses untuk pulih.

“Paling kecewa bila hilang nikmat makan,” katanya menerusi satu entri di Instagram.

Hantaran tersebut dimuat naik Azhar selepas kali terakhir posting di Instagram dibuat pada 20 Ogos 2019.

Pada masa sama, kata Azhar dia turut menasihati agar orang ramai mengurangkan pengambilan makanan pedas.

“Jadi, nasihat aku, jangan kuat sangat makan pedas melampau-lampaus. Anda tidak pernah akan tahu apa yang akan berlaku kemudian hari. Jagalah usus anda,” katanya.

Sementara itu, di ruangan komen rata-rata mendoakan agar Azhar kembali segera pulih.

“Tu laa.. lama tak nampak awak. Semoga cepat sembuh dan dipermudahkan segalanya.. huhu same la kita geng makan pedas.

“Saya juga pesakit GERD. Adakalanya saya degil makan yang pedas dan masam, lepas tu merana sendiri,” komen sebahagian pengikutnya.

The post Azhar Osman Dilihat Semakin Kurus & Cengkung, Rupanya Ada Gangguan Penyakit.. appeared first on YOY Network.



from YOY Network https://ift.tt/3m6ikqU
via IFTTT
loading...

0 Response to "Azhar Osman Dilihat Semakin Kurus & Cengkung, Rupanya Ada Gangguan Penyakit.."

Post a Comment