“Tak mampu bercakap” Cuak Lihat Individu Terbaring Sambil Meraung Sakit Di Parkir, Ingatkan Mabuk Tapi Rupanya..

Bila berjalan berseorangan dan terlihat seseorang terbaring di tempat awam, sudah pasti kita akan berasa ‘cuak’. Sudah pasti bermacam perkara negatif yang bermain di fikiran.
Iospital phone repair gombak
Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang pemuda berdepan detik cemas apabila terdengar suara orang meraung ketika pulang ke rumah pada awal 5 pagi.

Dia bertambah takut apabila melihat lelaki individu tersebut ecara tiba-tiba jatuh terbaring di kawasan parkir di kediamannya, dipercayai di sebuah kondominium.

“Pagi tadi aku on the way nak naik rumah, ada seorang brother ni tiba-tiba jatuh depan aku selepas tu meraung. Aku fikirkan dia mabuk ke apa, iyalah pukul 5 pagi.”

“Rupanya meraung kesakitan sebab kena slipped disc. Sebelum ni dia pernah operate, tapi kali ni dia kena balik lepas turun dari motor, memang meraunglah,” katanya.

Mendengar perkara tersebut, lelaki ini terus menghubungi ambulans untuk membawa lelaki yang sakit itu ke hospital.

“Alhamdulillah, ambulans pun sampai dengan pantas memberi bantuan dan bawa brother tu terus ke hospital untuk rawatan lanjut,” katanya dalam klip video berdurasi 49 saat itu.

Susulan videonya yang tular di TikTok, pemuda berkenaan tampil memberi penjelasan lanjut berhubung kejadian yang berlaku pada Selasa.

“Macam aku… berpegang pada tiga ‘B’ iaitu berhenti, bertanya, bantu. Kalau kau rasa tak boleh nak bantu, kau minta orang lain bantu.”

“Aku nampak dia terbaring, meraung kesakitan. Aku pergi dekat dia, yang pertama aku bau dulu dia ni ada pengaruh alkohol ke tak. Jadi, dia bukan mabuk,” katanya.

“Aku tanya slipped disc ke, dia cakap ya. Aku tahu macam mana rasa slipped disc sebab aku pernah kena, tapi mungkin tahap yang rendah. Tapi itupun aku tak bernyawa aku rasa.”

“Aku menggelabah, jadi aku terus call ambulans. Aku panggil sekuriti untuk bantu dan teman aku. Apabila sekuriti datang, aku minta izin owner dan bersaksikan sekuriti untuk buka dompet dia, untuk dapatkan butiran alamat dia.”

“Apabila dah dapat, aku minta sekuriti panggil keluarga dia. Tapi tak ada, mangsa ni memang tinggal seorang,” ujarnya yang menunggu sehingga ketibaan ambulans yang kemudian membawa mangsa ke hospital untuk menerima rawatan.

Dia turut meminta orang ramai agar tidak berfikir buruk jika berdepan dengan situasi tersebut dan kekal tenang serta membantu apa yang sepatutnya.

“Anda semua jangan terlalu buruk sangka pada semua keadaan. Jadi ingatlah, pegang tiga ‘B’ iaitu berhenti, bertanya dan bantu,” katanya

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen kagum dengan sikap lelaki tersebut yang berani membantu malah akui slip disc sangat sakit.

“Mujurlah kebetulan terjumpa dia, sakitnya dia mesti tak tertahan sampai menangis macam tu. Tolak tepi dah malu semua tu, terima kasih bantu adik tu.

Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang turut berkongsi pengalaman mengenai sakit slip disc.

Video yang tular di laman TikTok:

@bohjankl Kalau kene Slipped Disc ni memang xleh bawak bincang sakit dia..😖😖😖😖😖😖😖😖😖😖 #2023 #HKL #slippeddisc ♬ original sound – BOJAN'KL

@bohjankl Jangan Terlalu Bersikap Buruk Sangka Pada Semua Keadaan😉 #slippeddisc #2023 ♬ Pieces (Solo Piano Version) – Danilo Stankovic

The post “Tak mampu bercakap” Cuak Lihat Individu Terbaring Sambil Meraung Sakit Di Parkir, Ingatkan Mabuk Tapi Rupanya.. appeared first on YOY Network.



from YOY Network https://ift.tt/RqG5VoN
via IFTTT
loading...

0 Response to "“Tak mampu bercakap” Cuak Lihat Individu Terbaring Sambil Meraung Sakit Di Parkir, Ingatkan Mabuk Tapi Rupanya.."

Post a Comment