“Brown skin paling cantik. Sexy!” Nabila Huda Persoal Kenapa Wanita Melayu Tak Suka Warna Kulit Sendiri Sampai Obses Nak Putih

Semakin hari semakin banyak produk kecantikan yang mengatakan mampu untuk memutihkan tona kulit seseorang.

Iospital phone repair gombak

Mungkin kerana dimomok-momokkan orang kulit putih lebih cantik daripada kulit gelap, ramai yang mengidamkan kulit cerah sehingga sanggup membahayakan kesihatan.

Terbaharu, anak kepada rockers kumpulan Search, Nabila Huda hairan serta tertanya-tanya mengapa wanita bangsanya tidak gemar dengan kulit mereka sendiri.

Menerusi ciapan yang dibuat pelakon filem Munafik itu di Twitter, warna kulit asli wanita Melayu menggambarkan wanita Melayu itu cantik.

“Kulit gelap itu seksi tahu… Saya sayangkan kulit saya dan bangga mempunyai warna kulit macam ini.”

Tambahnya, ketagihan mengubah warna kulit asal juga akan mengundang pelbagai penyakit kerana kemasukan bahan kimia berbahaya ke dalam kulit.

“Bayangkan bila dah tua nanti, adakah kulit akan kembali gelap macam asli atau jadi kelabu sebab putih yang dibuat-buat itu dah tamat tempoh?”

Nabila Huda atau mesra disapa Abil turut memohon agar orang ramai tidak mudah terpengaruh dengan kecantikan yang dipaparkan di media sosial.

“Kepada wanita di luar sana, jangan mudah terpengaruh dengan kecantikan tidak asli di media sosial. Tak perlu untuk menjadi orang lain. Jadi diri sendiri dan sayangi diri anda.”

Abil juga berharap agar wanita-wanita Melayu terutamanya menghargai kecantikan diri kerana masing-masing mempunyai tarikan tersendiri selain mengatakan bahawa kulit gelap mudah untuk dijaga.

Ciapan yang tular di laman Twitter

The post “Brown skin paling cantik. Sexy!” Nabila Huda Persoal Kenapa Wanita Melayu Tak Suka Warna Kulit Sendiri Sampai Obses Nak Putih appeared first on YOY Network.



from YOY Network https://ift.tt/2LdeHTw
via IFTTT
loading...

0 Response to "“Brown skin paling cantik. Sexy!” Nabila Huda Persoal Kenapa Wanita Melayu Tak Suka Warna Kulit Sendiri Sampai Obses Nak Putih"

Post a Comment