Sebagai pengguna jalan raya yang berhemah, kita hendaklah sentiasa mematuhi dan mengikuti peraturan jalan raya yang telah ditetapkan.
Tidak kiralah anda menunggang motosikal, memandu kereta , lori dan sebagainya.
Hal ini demikian kerana jika peraturan jalan raya dilanggar, ia bukan sahaja memudaratkan diri sendiri alah pengguna jalan raya yang lain turut terkesan sama.
Baru-baru ini, tular satu rakaman yang memaparkan penunggang motosikal bertikam lidah dengan seorang pemandu trak pikap di sebuah tol.
Menerusi video yang dimuat naik oleh @zulchay3840 itu, insiden berkenaan terjadi dikatakan berpunca daripada pemandu trak pikap Toyota Hilux enggan menyentuh Touch n Go.
Bagaimanapun, tindakan pemandu Hilux itu difahami kerana terdapat dua penunggang motosikal yang ingin mengambil kesempatan menunggu palang dibuka untuk mereka lalu.
Disebabkan pemandu Hilux enggan berbuat demikian, maka berlakulah tikam lidah dengan salah seorang penunggang motosikal itu.
Bagi pandangan netizen, penunggang-penunggang motosikal itu tiada hak pun untuk mempertikaikan tindakan pemandu Hilux yang enggan membukakan palang untuk mereka.
Hal ini disebabkan apabila penunggang motosikal ‘menyelit’ menggunakan laluan tol berbayar yang sama, ianya akan menyebabkan pemandu perlu membayar tol sebanyak dua kali sekiranya mereka tidak sempat melepasi palang tol.
Pelbagai isu boleh timbul apabila kenderaan melanggar palang atau dihempap palang tol seterusnya pemilik kenderaan pula yang perlu membuat laporan insiden bagi mendapatkan tuntutan ganti rugi, itupun sekiranya dapat.
Menjengah di ruangan komen, warga netizen turut meluahkan rasa tidak puas hati pengguna jalan raya yang tidak bertanggungjawab itu.
Antara komen netizen:
“Kalau bagi dia orang lepas, nanti palang turun sebelum kereta kita lalu. Kena bayar dua kali lah pulak ”
“Dah takut roblock kat laluan moto.. beli kad dan touch kad bila nk lalu..”
“Tringin nk byr tol agaknya..kerajaan lpsni bleh dh buat tol untuk motorsikal”
Video TikTok yang tular:
@zulchay3840 lorong motor ade lalu la sane …ni jenis otak tgl kat rumah tp nak ride …..
♬ Orang Ketiga Entah Siapa Yang Salah – Andra Respati & Gisma Wandira
The post “Buat jelah tol motor” Kisah Penunggang Motosikal Berang Pemandu Hilux Enggan Bayar TnG Ini Terima Kritikan Netizen appeared first on YOY Network.
from YOY Network https://ift.tt/gFj0t2O
via IFTTT
0 Response to "“Buat jelah tol motor” Kisah Penunggang Motosikal Berang Pemandu Hilux Enggan Bayar TnG Ini Terima Kritikan Netizen"
Post a Comment