Sanggup Redah 40KM Demi Anak2 Tersayang, Tunggang Motosikal Sebelah Tangan Sambil Bawa Mainan Buat Ramai Sebak

Ibu bapa mana sahaja yang tidak sayangkan anak-anak bukan?

Iospital phone repair gombak

Malah mereka sanggup berkorban dan berbuat apa sahaja demi kebahagiaan anak-anak kesayangan mereka.

Begitu juga dengan kisah yang dikongsikan di laman TikTok baru-baru ini yang membuatkan ramai warga netizen luluh hati melihatnya.

Menerusi video yang dikongsikan oleh @nurulainjidan itu, dapat kita lihat dua orang kanak-kanak sangat teruja apabila ayah mereka pulang ke rumah dengan membawa mainan yang besar buat mereka.

Bagaimanapun apa yang mencuri perhatian orang ramai adalah apabila bapanya itu sanggup menunggang motosikal sejauh 40 kilometer demi memberikan kejutan buat anak-anak yang tersayang.

“Penat kerja 12 jam, bila balik bawak mainan sebelah tangan macam tu (40km)..

“Tapi bila tengok anak-anak happy macam ni mesti abang tak rasa pun letih, penat tu kan..,” tulisnya di ruangan video yang tular tersebut.

Bukan itu sahaja, si bapa dikatakan hanya menunggang motosikal dengan menggunakan sebelah tangan sahaja kerana sibuk memegang mainan yang begitu besar.

Berdasarkan video tersebut, dia turut sering mengetepikan kehendaknya sendiri dan si isteri juga mengucapkan terima kasih kepada suaminya itu kerana sentiasa berusaha membahagiakan keluarga kecilnya itu.

“Anak-anak tampal seluar papa dia yang berlubang.

“Selalu ketepikan kehendak diri sendiri..

“Terima kasih sentiasa gembirakan sayang dan anak-anak,” tulisnya lagi.

Menjengah di ruangan komen, warga netizen tumpang bahagia atas kegembiraan mereka bersama anak-anak mereka.

Ada juga yang mendoakan agar keluarga mereka dimurahkan rezeki dan doa yang baik-baik buat keluarga tersebut.

Antara komen netizen:

“Percaya la , kau bahagiakan family , rezeki kau tak akan pernah terputus , jadi setiap rezeki itu , ada terselit rezeki anak2 , kongsi bersama 😘

“sedih… dulu arwah suami mcm ni dgn anak2.. 7 bln berlalu..rindu yg tak ttggung tiada penghujung.. sayadoakan yg baik2 utk sis sekeluarga ya 🥰

“Ayah yang sangat baik. Saya berazam nak jadi ayah yang selalu gembirakan anak2 nanti ☺

Video TikTok yang tular:

@nurulainjidan

Jasa & pengorbananmu tidak terhitung… Terima kasih untuk segalanya ❤❤❤

♬ Tak Kan Hilang by Budi Doremi – Kopi Rona

The post Sanggup Redah 40KM Demi Anak2 Tersayang, Tunggang Motosikal Sebelah Tangan Sambil Bawa Mainan Buat Ramai Sebak appeared first on YOY Network.



from YOY Network https://ift.tt/Aa4VOQq
via IFTTT
loading...

0 Response to "Sanggup Redah 40KM Demi Anak2 Tersayang, Tunggang Motosikal Sebelah Tangan Sambil Bawa Mainan Buat Ramai Sebak"

Post a Comment