“Lampu isyarat pun merah lagi” Tindakan Myvi Rempuh Hilux Yang Halang Laluan Undang Persoalan

Kita sering diingatkan untuk menjadi pemandu yang berhemah dan bertolak ansur di atas jalan raya agar tidak berlaku sebarang kemalangan yang tidak diingini.

Iospital phone repair gombak

Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana sebuah Perodua Myvi yang dihalang laluan oleh sebuah Toyota Hilux mencuri perhatian ramai.

Walaupun laluannya dihalang, namun lampu isyarat merah yang dipaparkan seharusnya tidak membenarkan Perodua Myvi untuk melintas jalan.

Tetapi apa yang membuatkan ramai terkejut adalah Myvi tersebut secara selamba telah melanggar Toyota Hilux tersebut sebelum undur semula.

Selepas itu, Myvi tersebut dilihat belok ke kiri sedikit seiring dengan pergerakan Toyota Hilux tersebut untuk melalui laluan yang mahu dituju apabila lampu isyarat bertukar hijau.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen hairan mengapakah pemandu Myvi tersebut perlu melanggang kenderaan yang menghalangnya itu.

Bukan itu sahaja, netizen juga berharap orang ramai tidak meniru aksi berkenaan yang jelas seakan menganiaya pengguna jalan raya yang lain.

Antara komen warga maya:

Video yang tular di laman TikTok:

The post “Lampu isyarat pun merah lagi” Tindakan Myvi Rempuh Hilux Yang Halang Laluan Undang Persoalan appeared first on YOY Network.



from YOY Network https://ift.tt/K3upGyH
via IFTTT
loading...

0 Response to "“Lampu isyarat pun merah lagi” Tindakan Myvi Rempuh Hilux Yang Halang Laluan Undang Persoalan"

Post a Comment