“Siapalah saya nak lawan takdir” Wanita 42 Tahun Reda Sempat Jaga Anak 55 Hari

Kebanyakan doktor kesihatan tidak menggalakkan bagi ibu-ibu yang sudah meningkat usia untuk hamil dan melahirkan zuriat.

Iospital phone repair gombak

Ini kerana, mereka berisiko tinggi terhadap penyakit mahupun komplikasi yang tak diingini sehingga menjejaskan kesihatan sendiri dan bayi.

Bagaimanapun, siapa kita untuk menolak rezeki tuhan. Persis kisah menyayat hati yang dikongsikan oleh wanita ini.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @zima_zaki, dia telah hamil lagi pada usia 42 tahun. Malah katanya, dia dan bayi sihat ketika menjalankan pemeriksaan bulanan.

Namun, siapa sangka, bayi yang selamat dilahirkan pada awal bulan lalu kembali ke negeri abadi selepas beberapa hari kelahirannya.

Menurut Zima, pemergian anak bongsunya itu berpunca daripada komplikasi jantung. Walaupun kebahagian hanya kekal selama 55 hari, dia reda dengan kententuanNya.

Dia turut berazam akan terus tabah dan berusaha menghargai anak-anak yang masih di bawah jagaannya.

Video yang kini meraih 1.9 juta tontonan dan 29.5 ribu itu mendapat perhatian ramai. Rata-rata yang menonton turut simpati dan memberikan kata-kata semangat kepada Zima.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata mengirimkan ucapan takziah kepada wanita ini dan berharap agar dia terus kuat.

Dalam pada itu, tak kurang juga para ibu berkongsikan pengalaman yang sama iaitu hamil ketika berusia 40-an.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di TikTok

“kadang2 doctor x bagi dah kita melahirkan anak kalau dan berusia sbb mcm2 dah penyakit apapun hanya allah yg tau salam takziah”

“comelnya ank syurga … sya sdgmenunggu hari bersalin baby boy diusia 43 tahun…semoga dipermudahkan hendaknva”

“al-fatihah buat ank svurga.sava jgk tgh merasai kehilangan ank syurga.ary ni hari ke10 ank syurga tglkan sye dn hari ke 10 berpantang tanpa ank syurga.”

“Comel ank syurga”

“Salam takziah, mcm saya 29minggu anak meninggal dim kandungan. Smpi skrg masih menunggu dah kahwin k masuk 8tahun. Alfatihah anak syugaku Hafiy”

“turut bersedih sis … x dpt digambarkan perasaan sis ….lihat pun sedih,apatah sis yg menanggung … baby comel sqt…”

Video yang tular di laman TikTok

@zima_zaki♬ suara asli – ris irenG

@zima_zaki♬ original sound – your girl –

The post “Siapalah saya nak lawan takdir” Wanita 42 Tahun Reda Sempat Jaga Anak 55 Hari appeared first on YOY Network.



from YOY Network https://ift.tt/PzlgWCv
via IFTTT
loading...

0 Response to "“Siapalah saya nak lawan takdir” Wanita 42 Tahun Reda Sempat Jaga Anak 55 Hari"

Post a Comment