Bila dah namanya adik beradik, pasti ada sahaja gelagat mereka yang hendak dilakukan. Bila dekat bergaduh, bila jauh mula lah nak rindu.
Sebut sahaja perkataan ‘darah daging’, tentu rasa kasih dan sayang antara satu sama lain tetap kekal dalam jiwa.
Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana memaparkan serorang adik perempuan menjerit panggil abang di depan sekolah telah mencuri tumpuan.
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @julizanmat_isa, dapat kita lihat seorang budak perempuan sedang menunggu abangnya di depan pintu sekolah sambil memegang bag tangan.
Namun apa yang membuatkan ramai geli hati adalah dia dilihat teruja melihat abangnya dan menjerit memanggilnya berkali-kali. Di saat abang datang ke arah budak perempuan itu, abang dilihat memeluk adiknya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat gelagat adiknya itu yang menjerit seolah-olah tidak bertemu dengan abangnya dalam jangka masa yang panjang.
“Kemain comel dia manjanya, suara abang pulak penyayang” – Netizen
Bukan itu sahaja, netizen juga sempat berseloroh mengatakan seperti dia sahaja yang mempunyai abang.
Netizen turut tumpang gembira melihat perhubungan adik beradik ini yang jelas menunjukkan kasih sayang antara satu sama yang lain apatah lagi si abang yang lembut memeluk adik.
Antara komen warga maya:
“Ye dik ye.. abang awak lah tu.. orang lain jangan claim ye itu abang dia.. abangnya pun baik.. terus peluk adik.. mesti abang baik dengan adik ni tu yang adik manja dengan abangnya.. dua2 cute”
“Kemain dia siap handbag bagai..”
“Alaa cute nye.. abang nya oun penyayang”
“Excited macam bertahun tak jumpa”
“Abang tak sempat nak borak dengan member.. adik duk panggil2 abang..”
“Sama macam anak saya.. habis semua tengok.. abang pun berlari sebab adik dah jerit2”
“Semoga keakraban abang adik sehingga bila2 ye sayang..”
Video yang tular di laman TikTok:
@julizanmat_isa Terpaling sayang tu #foryoupage #masukberanda #abangadik #fyp #love #ootd ♬ original sound – Anaq Kiriman Heaven
The post “Comel betul” Jemput Abang Balik Sekolah, Gelagat Adik Jerit Depan Pintu Buat Ramai Terhibur appeared first on YOY Network.
from YOY Network https://ift.tt/257mNsv
via IFTTT
0 Response to "“Comel betul” Jemput Abang Balik Sekolah, Gelagat Adik Jerit Depan Pintu Buat Ramai Terhibur"
Post a Comment